Bila Alam Merajuk (entry tertangguh)

Sebenarnya nak buat entry ni masa tengah teruk jerebu hari tu. Tapi disebabkan tak sihat, entry pun tertangguh huk huk..
Alhamdulillah, sekarang ni cuaca dah agak stabil kan lepas hujan lebat di kebanyakan tempat. Di lembah Klang ni, hujan betul2 lebat hari Selasa baru2 ni. Lepas tu nampak cuaca agak panas, cuma saya rasa masalah jerebu dah agak berkurangan kan.

Tengoklah keadaan di Shah Alam ni masa jerebu teruk hari tu.



Masa tengah2 jerebu ni, tiba2 pulak saya teringatkan lagu Ebiet G.Ade bertajuk Berita Kepada Kawan. Ebiet G.Ade ni penyanyi Indonesia, tapi konsep lagu dia lebih kepada puisi rasanya. Saya tahu pasal dia pun bila dia berduet dengan M.Nasir menyanyikan lagu ni semasa konsert M.Nasir dulu. 
Ada sesiapa pernah dengar lagu ni tak? Saya suka lagu ni especially lirik dia. Penuh dengan mesej, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.

Lirik lagu Berita Kepada Kawan
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan 
Hati tergetar menampak kering rerumputan 
Perjalan ini pun seperti jadi saksi 
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya 
Ketika ia ku tanya "Mengapa?" 
Bapak ibunya telah lama mati 
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya 
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari 
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu 
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 

Barangkali di sana ada jawabnya 
Mengapa di tanahku terjadi bencana 

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita 
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa 
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita 
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Betul kan, mungkin juga alam merajuk dengan kita. Mungkin kita terlupa menghargai alam yang ada ini sebagai salah satu nikmat buat kita...

Namun, dalam kita sibuk2 dengan jerebu dan hutan yang terbakar sana sini...Allah masih lagi menunjukkan kasih sayang-Nya dengan menurunkan hujan...

Nikmat Allah yang manakah lagi yang ingin kita dustakan?

Comments

  1. Assalam,

    jerubu dimana2....tempat bunda ni ramai yang mengeluh tanaman mati dan kering...

    cantik...rumah baru Linda..

    ReplyDelete
  2. Bukan saja untuk kita, tapi ciptaanNya yang lain; binatang dan tumbuh-tumbuhan juga kan..Kat SP belum hujan lagi. Namun syukurlah, air masih mencukupi, belum terdengar ura-ura catuan seperti di selangor dan johor

    ReplyDelete
  3. kat cne pun cuaca dah mcm ok2 sikit..tpi pembakaran trbuka masih brleluasa

    ReplyDelete
  4. suker lagu ni, sedappp sangat..

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Lagu tu kena betul kn

    ReplyDelete
  6. first time dengar lagu ini.. sekarang ni tangan-tangan manusia sendiri yang merosakkan alam..

    ReplyDelete
  7. Lepas kisah banjir, kisah kemarau. Lepas ni ditambah dengan jerebu pulak. Memang dugaan demi dugaan kita harus tanggung. Di mana silapnya? Itu yang seharusnya kita fikir-fikirkan.

    Saya tahu penyanyi ni. Nyanyiannya lebih menjurus macam puisikan sama macam kumpulan Kopratasa dulu.

    ReplyDelete
  8. wahhh..rumah dah cat baru..sama laa kita..hik!hik!...putrajaya pon bjerebu jee skang nie...kami anak branak dah demam...minggu nie minggu flu plak...

    ReplyDelete
  9. Allah itu tak akan pernah zalim kepada hamba hambaNya

    ReplyDelete

  10. seriously, da lama cari degar lagu ni,,,, thanks yang mingatkan,, terima kasih sangat =D. tiap kali dengar lagu ni, bulu roma mesti meremang

    kita dok xjauh mana pon,sebelah myebelah aje...hari nie panas terik sgt pkl 2 tadi ge shah alam kejap panas nya...sabar dengan dugaanNya...

    ReplyDelete
  11. betullah Linda, dan kerosakan dimuka bumi ini adalah dari tangan2 manusia itu sendiri..dunia makin tenat..berdoalah kita semoga segalanya akan beransur pulih dan akan terus mendapat Rahmat dan RahimNya jua..

    ReplyDelete
  12. sesekali alam merajuk,manusia jadi kelam kabut,sedangkan manusia sendiri yg menjadikan alam punah ranah..

    ReplyDelete
  13. Lagu tu memang sesuai menggambarkan suasana ketika ini. Semoga segalanya akan segera pulih. Selamat hari wanita! :)

    ReplyDelete
  14. Skrg da kurang sikit jerebu tu..tapi panas tetap x kurang

    ReplyDelete
  15. semoga akn turun.. aminn

    ReplyDelete
  16. kalau tengok kt luar tingkap, nampak mcm cuaca sejuk je, mendung dan berkabus. padahal jerebu sebenarnya. tapi bgus lah, sekarang mcm tak teruk sgt. huhu

    ReplyDelete
  17. Subhanallah. Kuasa Allah Maha Besar. dekat tempat Munirah sekarang pun jerebu teruk . huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment