Berapa banyak agaknya saya mampu buat daripada 15 cabaran ini

Seronok juga bila awal-awal tahun dicabar begini.
Sekurang-kurangnya boleh menjadi pemangkin semangat yang biasanya hangat-hangat tahi ayam ni. Oh, pandai betul orang dulu-dulu buat peribahasa ya, tepat betul kena pada batang hidung.

Salah satu azam saya tahun ini (itupun jika boleh dipanggil azam, kerana kehendak yang usahanya tidak konsisten seperti tidak layak dipanggil azam) ialah hendak menghabiskan membaca dan menghadam buku-buku saya yang dah banyak betul seperti tersepuk di rak buku. Beberapa jenis buku dibawa juga ke hulu ke hilir; ada di tepi katil, di tepi sofa, di dalam beg sentiasa di bawa, di pejabat, dalam almari atas, dalam almari bawah, tapi kebanyakannya belum habis saya baca dan hadam.

Baru-baru ni saya beli buku Catatan Mat Luthfi, semangat betul membacanya, hampir habis dah sebab lawaknya memang best! Tapi tup tup entah mana saya letak dek dibawa ke hulu ke hilir, sampai sekarang saya tak jumpa di mana buku tu, sedangkan hati melonjak-lonjak nak membaca lagi lawak-lawak eye opener Mat Luthfi. Aduhaiii buku sendiri pun hilang dek dibawa merata tempat.

Cabaran ni tepat pada masanya untuk saya. Tapi jangan happy sangat sebab bukan semua cabaran ni mudah dibuat. Daripada 15 cabaran ni, entah berapa agaknya yang saya mampu nak sahut.

Sumber : FB Bookcafe

Cabaran 1
Ada buku sebegini yang lebih 500 mukasurat. Cabaran diterima :p

Cabaran 2
Cabaran diterima.

Cabaran 3
Ada 2 buah buku yang masih elok di rak. Cabaran diterima.

Cabaran 4
Yang ni paling senang sebab saya jarang beli novel melainkan yang saya betul-betul suka dan selalunya akan habis dibaca dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Jadi, untuk cabaran ni, kena beli sebuah novel baru. Yeayy, ada alasan nak beli. Cabaran diterima.

Cabaran 5
Mmmm...yang ni kena cari lah. Ada sebuah buku yang mak saya bagi pun, umurnya baru 38 tahun. Cabaran ni belum tentu mampu dibuat.

Cabaran 6
Cabaran akan cuba diusahakan sekiranya jumpa buku sebegini yang saya suka.

Cabaran 7
Huhu...apakah itu. Diluar bidang tu rasanya tiada masalah. Diluar minat....ok takpe, kita sama-sama tengok nanti.

Cabaran 8
Tiada masalah. Ada banyak yang belum dibaca hehe

Cabaran 9
Yang ni pun tiada masalah...insyaAllah. Amboiii :p

Cabaran 10
Yang ni pernah buat. Dan tentunya berkait dengan cabaran 4.

Cabaran 11
OK, yang ni banyakkk ok! Kalau nak yang dari tahun-tahun sebelum tu melambakk...huhu

Cabaran 12
OK, saya terima.

Cabaran 13
Yang ni ada. Tapi buku tentang baby care. Anak-anak saya dah besar lah...mungkin saya belek-belek je lah kot buku tu nanti...

Cabaran 14
Ini tentunya berkait dengan cabaran 4. Tiada masalah, Selalu pun memang nangis kalau baca..huhu jiwang karat.

Cabaran 15
Saya tak suka lah buku kontroversi. Tengoklah nanti kalau berminat.

Jadinya, lepas tambah tolak, ada 10 cabaran yang saya terima dengan tiada masalah kecuali.....ok, tak nak sebut! Masa boleh dicipta sekiranya kita betul-betul inginkan sesuatu.

Lagi 5 cabaran tu bergantung kepada keadaan.
Bulan Disember nanti kita tengok apa hasilnya ya!

Comments

  1. Seronok cabar diri sendiri ni kan???
    ok, linda selamat menempuh cabaran dan sukses...hehehe

    ReplyDelete
  2. all the best Linda, kuatkan semangat..:)

    ReplyDelete
  3. baca entry pun macam baca buku kan.. so nanti CT bace review sjalah hehehe

    ReplyDelete
  4. Alamak! Saya tengok senarai je terus tak tercabar diri ni. Hahaha... Apa-apa pun Linda semoga berjaya dengan 15 cabaran ini. Kalau dapat separuh pun dah boleh reward diri sendiri tau *_*

    ReplyDelete

Post a Comment