Salam Jumaat
Laluilah dengan
tenang ditengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah
bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci.
Seberapa yang
terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat
muhibbah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan
tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap
daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah
hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana
mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa.
Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini
ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala
titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam
mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu
helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap
sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian
dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura. Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan jiwa
keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah
dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan
hati yang tenang dan jiwa yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan
hidup ini….dan bertafakurlah untuk seketika….
Penulis : Unknown
Terima kasih dari kakak atas peringatan di hari yg mulia ini.
ReplyDeleteBukan mudah mendidik hati yg sering bolak-balik..
Iman yg sedikit perlu dibajai selalu.
Betul tu Kakzakie, credit kepada penulisnya di atas ingatan ini...
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini...mudah2an menjadi amal jariah kepada si penulis..
peringatan yang bagus.. thank you..
ReplyDeletehihi rini rabu laaa CT singgah aaahks..