2.0.1.6
Salam tahun baru 2016!
Walaupun dah terlepas keretapi, dah masuk 6 haribulan, tetap nak wish jugak kan...hihi.
Apa ada pada tahun baru?
Dengar perkataan BARU je harus semua orang seronok.
Apa-apa yang baru haruslah seronok. Dah tahu dah.
Tapi permulaan Januari di tahun baru belum tentu best especially bila cuti sekolah dah berakhir. Dan bermulalah semula episod sendu pelbagai ragam anak-anak bersekolah. Terutama sekali ibu-ibu yang harus merempit menjadi supir tak berbayar.
Tahun ni memang agak mencabar.
Awal-awal dah kena selalu ingatkan hati supaya lebih tabah huk huk.
Yang pastinya tahun ni, perlu bangun tidur seawal 5 pagi kalau tak anak saya ke sekolah tanpa bento lah nampaknya, takut-takut diganti pulak dengan muncung panjang sebab tak nak beli makanan di kantin.
Tahun ini jugak saya kena tabah memantau anak lelaki yang dah masuk fasa remaja. Aduhai, suspens tau! Tahu sajalah, cabaran anak-anak remaja zaman sekarang.
Yang pasti tahun ini perlu kuatkan semangat untuk kekalkan pelbagai momentum perubahan ke arah lebih baik. Jangan cepat mengalah! Kalau asyik tak jadi, takut masa yang sesuai tak akan muncul-muncul. Sedar-sedar masa dah tamat. The End.
"The bad news is time flies. The good news is you are the pilot." |
Logo 2016 saya :p |
Salam tahun 2016 utk Linda jua..
ReplyDeleteTerima kasih Yati :)
DeleteTak terlambat jugak nk ucap selamat tahun baru. Hehe
ReplyDeletetq Aisya :)
DeleteOh, dah nak masuk minggu kedua dan saya terlupa pulak dah buat ucapan di sini atau pun belum ^_^ Rasanya belum lagi kot ...
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru 2016 ya, Linda. Adatlah tu rutin kita kena memikirkan tanggungjawab pada anak-anak. Saya pun memulakan tahun baru dengan bangun 30 minit lebih awal - sama macam Lindalah, pukul 5 pagi dah bangun kelentang kelentung kat dapur tu!