RINDU

Sesekali terasa mengakui tentang rindu. 

Mungkin rindu pada yang tersayang. 
Pada momen indah. 
Boleh jadi rindu pada deruan ombak, desiran angin dan kicauan burung.
Rindunya pada waktu-waktu tenang dan rehat.
Pada asyiknya menikmati indahnya alam. 
Rindu pada teman, pada senyum dan tawa. 
Pada sucinya hati dan kasih. 
Pada seronoknya bertanya khabar.

Rindu itu pelbagai. 
Bergantung pada yang merindu.
Rindu boleh jadi indah, atau mampu menyakitkan. 

Pasti pernah merindu. 
Mungkin terzahir. Mungkin tersimpan. 
Kadang kala mungkin susah dimengertikan.








Comments

Popular Posts