Selamat Bercuti

Esok dapat berehat sehari lagi. Cuti umum. Jadilah tu. Musim-musim cuti sekolah dan perayaan Krismas ni, pasti ramai yang bercuti.
Cuti-cuti Malaysia kata orang sekarang. Ramai juga yang cuti-cuti luar negara.
Ingin lihat pemandangan yang cantik. Mungkin juga ingin mengenal budaya di tempat orang. Paling seronok bila dapat pengalaman cuaca sejuk musim salji. 

Cuti-cuti Malaysia tidak kurang hebatnya. Masa inilah keluarga ingin berkumpul beramai-ramai, makan-makan, saling bertukar cerita kerana lama tak bersua. Negara kita juga banyak tempat-tempat yang cantik. Walaupun hanya ada 2 "musim"; panas dan hujan.

Lazimnya orang bercerita tentang pengalaman bercuti di negara orang. Segala tips dan mungkin pantang larang dikongsikan. Diambil tahu segala peraturan bercuti ke tempat orang. 

Sayang betul bila pengunjung di negara ini kebanyakannya manusia minda kelas ketiga. Main redah buang sampah merata-rata. Kemudahan awam tidak dijaga dan diguna selayaknya manusia bertamadun.

Sayang. Di mana silapnya? Terlalu ramai manusia bermentaliti jamban berada di sini.... Mungkin.

Cantiknya alam ini dicipta oleh Yang Maha Esa. Cukuplah dibinasa oleh tangan-tangan manusia.


Comments

  1. Selamat Bercuti! Memang blogwalking lah jawabnya kan..Hehee~
    Saya cuti dua hari..sebab company bgai cuti haritu JDT menang bola ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Bercuti...wahhh bestnya dapat 2 hari terus ya. Saya pun JDT yg dah merantau ke Selangor hihi...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts