Butang RESET
Kalaulah hidup ada butang Reset. Pasti mudah kan. Mungkin tiada orang yang stress, bosan atau burned out. Mungkin juga tiada yang depressed atau bunuh diri.
Reset sahaja bila rasa nak mula semula. Default mode. Tapi hilanglah sekali memori indah. Sayanglah kan. Sebab tu agaknya hidup tiada butang reset.
Tapi itu tak bermakna kita tidak boleh reset minda dan perasaan. Lupakan segala dendam dan kemarahan. Belajar memaafkan. Recharge energy kita dengan sesuatu yang positif. Refresh mood dengan melakukan aktiviti2 yang kita minat.
Siapa kata kita perlukan suatu perubahan yang besar-besaran dalam hidup untuk merasa gembira dan bersemangat semula?
Baru2 ini saya menonton drama Korea bertajuk Familiar Wife. Mulanya saya rasa tiada yang menarik dengan cerita ini. Bila dah start tengok, memang susah nak berhenti sampailah ke episod akhir. Banyak pengajaran daripada cerita ini. Walaupun tidak logik kita boleh kembali ke masa silam melalui time travel, tetapi pengajaran daripadanya sangat relevan.
Rupanya tindakan kita yang mencorakkan apa yang kita dapat akhirnya. Kadang-kala apa yang kita inginkan bukanlah sebenarnya yang kita perlukan.
Perubahan dalam rutin seharian walaupun cuma kecil tetapi boleh memberi kesan kepada motivasi dan inner peace tanpa kita sedari. Contohnya, bangun seawal pagi, menulis jurnal, melayan hobi yang lama kita lupakan dek kerana kesibukan. Peruntukkan sedikit masa untuk kita refresh dan recharge. Rutin yang baik kita polish untuk jadi terbaik. Yang tidak baik, kita buangkan sahaja.
Hidup ini tiada butang reset untuk kembali ke zaman silam. Siapa kita, pasangan kita, keluarga kita, itulah yang kita perlu treasure sehingga akhir hayat. Di dalam drama Familiar Wife, Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) kembali ke zaman silam supaya dia dapat berkahwin dengan orang lain tetapi rupanya hidup Joo Hyuk jadi lebih teruk. Akhirnya dia sedar, sikap dia yang menyebabkan dengan siapa pun dia kahwin, dia yang memusnahkannya. Akhirnya, dia berpeluang kembali kepada isteri asalnya tetapi kali ini dengan sikap yang lebih positif dalam perhubungannya dan rutin hidup yang lebih teratur. Perubahan rutin hidup banyak membawa kebaikan padanya terutamanya dalam menguruskan anak2 dan kerjanya. Hidup jadi kurang konflik dan stress walau berdepan dengan cabaran.
Hidup memang tak mudah. Peringatan untuk diri saya sendiri supaya sentiasa refleksi emosi dan diri sendiri; mana yang kita kena delete, refresh, recharge atau move forward sahaja. Doa semoga kita dikurniakan hati yang tabah.
Betul..kalau lah ada butang reset...pasti xde masalah..ada ada stuck je reset balik kan..
ReplyDeletekann Amanda, mesti best...asik reset je :-D
Delete