10 teknik meredakan tekanan


Teknik-teknik meredakan tekanan atau stress yang dipercayai dapat mengalihkan fokus kita daripada tekanan yang sedang dihadapi.

1. Letakkan kedua2 belah tangan ke dalam besen berisi air. Fokus kepada suhu air dan rasa sentuhan air dengan tangan. Boleh cuba berselang seli menggunakan air sejuk dan air suam.

2. Sentuh barang2 yang ada berdekatan. Fokus pada warna dan teksturnya. Cuba rasakan sama ada ianya berat atau ringan? Lembut atau keras? Sejuk atau panas? Beri perhatian juga warnanya. 

3. Tarik nafas dalam2 dan lepaskan. Fikir atau sebut "in" "out" dengan setiap tarikan nafas. Hayati setiap sedutan dan hembusan nafas.

4. Makan atau minum dengan penghayatan. Fokus pada setiap kunyahan atau tegukkan minuman. Nikmati setiap rasa dan baunya tanpa terburu-buru. 

5. Pergi berjalan-jalan dengan santai. Fokus pada setiap rentak langkah. Boleh juga sambil membuat kiraan. Hayati setiap pergerakan.

6. Pegang seketul ais. Bagaimana rasanya? Berapa lama masa ia ambil untuk cair? Fikirkan dan perhatikan. 

7. Cuba cium bau2 yang kita suka. Mungkin secawan kopi. Mungkin bau minyak wangi kegemaran. Sabun atau lilin yang wangi. Sedut bau2an tersebut dengan perlahan. Fokus pada baunya. 

8. Buat sedikit pergerakan badan. Mungkin menari2, regangan atau senaman. Fokus pada rasa di tubuh badan kita. 

9. Dengarkan bunyi2an di sekeliling. Apakah yang kita dapat dengar? Bunyi kucing yang mengiau? Atau burung2 yang berkicau? Bunyi hon kereta atau mungkin mesin? Atau mungkin perbualan dan riuh rendah? Fokus dan fikirkan apakah bunyi2 tersebut. 

10. Terangkan apa yang kita dapat perhatikan di sekeliling. Gunakan kelima-lima deria kita. Contohnya, kerusi di sebelah kanan saya berwarna putih, kerusi di seberang jalan sana adalah kerusi kayu. Cuaca panas ataupun rasa angin sepoi-sepoi bahasa. Bau aroma kopi, bunyi hujan maupun desiran angin. 

Kata kuncinya adalah fokus dan beri perhatian pada apa yang deria kita dapat rasakan sama ada secara visual, pendengaran, bau, rasa mahupun sentuhan. Secara tidak langsung minda kita dapat direhatkan daripada sebarang kerisauan atau memikirkan pengalaman2 lalu yang buruk. 

Menurut pakar, teknik-teknik ini dapat meredakan tekanan yang kita sedang hadapi. Kesannya mungkin hanya sementara bagi sesetengah orang namun sekarang-kurangnya dapat memberi kita ruang kemudiannya bagi mencari jalan penyelesaian.

(Rujukan :Healthline)

Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih dear sudi singgah baca :-)

      Delete
  2. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    Well over 160,000 men and women are trying a easy and secret "liquids hack" to burn 1-2lbs each and every night as they sleep.

    It's painless and works all the time.

    You can do it yourself by following these easy steps:

    1) Grab a glass and fill it half glass

    2) Now do this proven hack

    you'll become 1-2lbs thinner when you wake up!

    ReplyDelete

Post a comment

Popular Posts