Nasib Si Ketot
Bercakap tentang kucing-kucing jalanan, memang dah biasa sangat kelihatan di taman perumahan kami. Pantang masuk waktu makan, beratur ramai-ramai di depan gate rumah. Bila tengok, rasa kelakar pun ada.
Termasuklah kucing yang seekor ini. Kami panggil dia Ketot.
Si Ketot, anak kucing yang ditinggalkan ibunya di dalam kawasan rumah kami. Sepatutnya ada 3 beradik tapi 2 ekor lagi mati sebab sakit agaknya.
Mengenangkan yang dia masih baby, nak tak nak terpaksa kami beri makan dan sediakan tempat tidur sebab kesiankan nasib dia. Nak bawak masuk rumah tak mampu sebab risaukan anak-anak yang alergik.
Gelagat Si Ketot memang menghiburkan. Suka main bola, sejenis yang tak reti duduk diam. Kadang-kadang rasa kesian juga pada Si Ketot sebab tak dapat nak bawak dia masuk ke dalam rumah, especially sebab dia memang selalu selesema dan bersin-bersin. Saya cuma berharap dia dapat membesar dengan baik, bila masanya dah sesuai dia akan bawak diri 'mengembara' keliling taman macam kucing-kucing lain dan datang hanya untuk makan.
Tapi rupanya tak semudah itu untuk Si Ketot. Satu hari dia hilang. Sampai petang tunggu-tunggu masih tak muncul. Risau juga takut kena langgar kereta atau tersesat ke mana-mana. Risau dia tak makan lagi. Bila dicari-cari, terjumpa di tepi jalan, tak boleh nak bergerak. Dua kaki belakangnya termasuk ekor langsung tak bergerak. Jadi, suapkan air glucose. Nampak dia segar sikit. Letakkan di tempat tidur dan dia memang tak mampu bangun apatah lagi bergerak ke mana-mana.
Esoknya, balik dari kerja, tengok keadaan dia makin teruk, buang air besar dan kecil di tempat tidur. Alahai Si Ketot, kesiannya dia. Nasib baik ada klinik Vet yang masih buka. Bergegas hantar dia ke sana. Doktor tanya jika sanggup buat x-ray tapi agak mahal bayarannya. X-ray perlu dibuat untuk kenalpasti jika ada kawasan yang patah supaya doktor boleh beri rawatan selanjutnya atau cukup sekadar makan ubat tahan sakit dan anti keradangan.
"Teruskan saja dengan x-ray doktor. Kesian dia jika perlu menahan sakit."
Tak mampu saya bayangkan anak kucing itu menderita sakit.
Dua hari selepas itu, saya terima call dari klinik Vet. Doktor maklumkan tiada tulang yang patah. Dia lumpuh kerana ada blood clot. Kalau nak tahu lanjut perlu hantar ke UPM untuk buat CT scan tapi kosnya beribu-ribu ringgit. Tapi tak pasti tentang peluang untuk sembuh. Kami decide untuk tidak teruskan dan ambil dia semula. Tapi kena belajar untuk compress keluar air kencing dia setiap hari dan bersihkan najis sebab dia tak mampu untuk bergerak. Klinik cadangkan untuk pakaikan pampers newborn yang dibuat lubang di bahagian ekor.
Anak sedang belajar cara-cara nak handle Si Ketot
Buat masa ni, apa yang doktor dapat maklumkan, Si Ketot lumpuh kedua-dua belah kaki belakang. Masa sahaja yang akan menentukan sama ada dia akan sembuh atau tidak. Sekiranya blood clot dia semakin teruk, boleh menyebabkan kematian.
Akhirnya terpaksa bawak Si Ketot masuk rumah sebab kesiankan nasib dia yang sakit.
Sedang mengenang nasib diri agaknya.
Apalah agaknya nasib Si Ketot nanti. Kami juga tak sangka terpilih untuk menjaga anak kucing yang lumpuh ni, semoga kami mampu memikul tanggungjawab ini. Mana mungkin sampai hati nak biarkan saja dia yang tak mampu nak berjalan. Hari ini Ketot nampak makin berselera makan. Satu hari kurang-kurang dua kali tukar pampers.
3 jenis ubat kena bagi makan termasuk ubat tablet. Ingatkan manusia sahaja yang makan ubat tablet, rupanya kucing pun! Semuanya anak lelaki saya yang uruskan. Semoga pahala berlipat ganda untuk dia dan lulus SPM dengan cemerlang tahun depan kerana budinya menjaga seekor kucing lumpuh. InsyaAllah...aamiin.
Pasti ada yang Allah ingin kami belajar dari kisah Si Ketot. Hari ini mungkin hari Si Ketot. Hari esok mungkin hari kita. Semoga dipermudahkan buat kita semua.
alahai cian dia..dah la comel..huhu
ReplyDeleteSedih baca.
ReplyDelete