Cermin Diri

Bukan sekali dua rasa nak berubah. Jadi manusia lebih baik.

Yang malas, dirajinkan. Yang tak elok, dielokkan. Yang kurang, ditambah baik. Yang tak elok, dibuang. Yang belum dibuat, dimulakan.

Macam-macam keinginan dan harapan untuk jadi lebih baik. 

Pelbagai usaha dan cara. Baca buku motivasi maybe dapat amalkan dalam 30%. Sekejap ingat, selalu jugak lupa. Lama-lama kita buat- buat lupa sahaja.

Sanggup juga bayar beratus untuk dengar ceramah motivasi. Musim PKP pun banyak ceramah motivasi online. Memang bagus untuk mengisi masa dan menambah motivasi.

Bila dah lama sikit, dah ingat-ingat lupa bayang muka penceramah atau motivator. Dapatlah amalkan mungkin 50% hingga 60% daripada ceramah, itupun dah cukup bagus.

Takpelah, bak kata orang sekarang; pelan- pelan kayuh. Kalau ada formula khas dan terbukti memang mudah. Malangnya, tiada. Nak berubah, nak berjaya, perlu ada usaha. Motivasi pun ada naik turun. Itu belum tambah dengan penat, lelah dan putus asa.

Pendek kata, ada macam-macam kaedah. Tapi yang boleh menggerakkannya sehingga berhasil, cuma ada seorang dalam dunia. Cuba tengok dalam cermin. Nampak tak muka sendiri? Semuanya bergantung pada dia. Pada diri sendiri.

Look yourself in the mirror and ask yourself, what do I want to do for the rest in my life....  

Comments