Tukang Kayu atau Tukang Kebun?

 Tukang Kayu

  • Ada tujuan dan produk spesifik yang ingin dihasilkan.
  • Bekerja keras untuk menghasilkan produk dengan usaha, skill dan peralatan. 
  • Rasa sangat happy dan bermotivasi tinggi bila produk yang dihasilkan menepati apa yang diinginkan. Imaginasinya bertukar menjadi realiti.
  • Bergantung kepada produk akhir, sekiranya produk akhir tidak menepati citarasanya, boleh memberi tekanan atau menurunkan motivasinya.
Tukang Kebun
  • Bekerja keras menyemai benih dengan harapan pokok atau tumbuhan yang disemainya akan tumbuh dan hidup subur.
  • Sedar bahawa dia tidak dapat mengawal produk akhir. Dia berusaha menyemai, menyiram, meletak baja dan berharap tanamannya akan menjadi.
  • Sekiranya berhasil, sangat bersyukur dan mencuba tanaman yang lain lagi. Sekiranya, tidak menjadi, cuba mencari punca dan cuba lagi.

Adakah kita hidup seperti Tukang Kebun atau Tukang Kayu? Nampak seperti kita perlukan kedua-duanya dalam situasi yang berbeza. Ada masa kita perlu jadi Tukang Kebun dan ada masanya Tukang Kayu. Jika terusan dalam mode Tukang Kayu, mungkin kita akan cepat stress bila hasil akhir tak seperti yang kita harapkan. Perlu ada dalam mindset yang ada kalanya, yang berlaku adalah di luar kawalan kita. Tukang Kebun juga perlu peralatan dan harapan tinggi seperti Tukang Kayu; usaha dan tawakal jalan selari.

Belajarlah dari Tukang Kebun dan Tukang Kayu. Beri makna pada hidup yang singkat ini.

Comments

  1. Replies
    1. hehe...saya pun pandai jadi tukang kebun je...takde bakat bertukang kayu :p

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan baca :-)

      Delete
  3. Terima kasih untuk pengajaran ini. Untung jadi tukang kebun jika hasilnya menjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fiza.. Happy bila menjadi, sedih kejap bila tanaman meragam :-)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts