Datang dan Pergi



 Comel tak?

Ditakdirkan beginilah rumah kami, tiada betul-betul bela kucing sebab anak-anak allergik, bila start main kucing mula lah semput dan perlukan inhaler. Alhamdulillah semakin besar ni, agak kurang reaksi allergi kepada kucing tu...

Cuma kucing-kucing jalanan ni tak pernah sunyi dari hadir. Datang dan pergi. Entah berapa generasi dah tumpang beranak. Kadang-kadang dia datang entah dari mana menjinjing anak dia, terpaksa husband sediakan tempat untuk berlindung. Sampaikan memang ada cat litter box kat depan rumah, makanan kucing pun sentiasa penuh stok.

Bila dah besar, entah ke mana mereka bawak diri. Ada yang tiba-tiba muncul pulak bila masa nak beranak....jadi rumah persinggahan kucing nampaknya hehe.

Bila tengok kucing-kucing ni memang sayang, seronok tengok gelagat mereka...menghilangkan rasa lelah dan penat balik bekerja.

Begitulah nampaknya, mereka datang dan pergi menumpang teduh dan menumpang kasih.

Comments

  1. Jadi rumah persinggahan kucing2 nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, bila dah pergi terasa jugak sedih dan rindu tu :-(

      Delete
  2. Subahanallah, semoga Allah berkati keluarga puan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.. Terima kasih di atas doa. Didoakan juga segala kebaikan buat Etuza dan keluarga..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mulakan hari dengan senyuman :-)

10 Perubahan Kecil Untuk Tahun 2021 Yang Lebih Bermakna