Sambutan Ramadhan yang Rare

 Semuanya bermula dengan demam panas pada subuh Ahad minggu awal Ramadhan yang lepas.

Sakit semua sendi-sendi badan, sakit kepala termasuk perut yang meragam. Pada awalnya, saya ingatkan badan masuk angin sebab makan keledek goreng petang Sabtu tu. Siap berazam lah tak akan sentuh dah keledek goreng walaupun saya hanya makan seketul. Terasa tua betul sebab makan seketul keledek pun 'kalah' dek angin.

Hari isnin tu masih demam. Makan PCM memang tak berkurang langsung demam ni. Terpaksa telan pain killer, itupun dapat bantu terlena sekejap. Bila bangun, tak berkurang langsung sakit. Selera makan memang takde langsung, jadi secara logiknya memang dah start rasa loya dan muntah. Husband pulak kerja di Melaka, jadi terpaksa gagahkan diri drive ke klinik. Harapkan doktor test darah, tapi doktor cuma bagi MC 2 hari dan antibiotik.

Hari Selasa suhu badan turun sikit dalam 38.2 degree celcius, tapi masih tak larat bangun, tak larat makan. Anak pun terpaksa ponteng sekolah dah 2 hari walaupun sesi persekolahan baharu bermula. Nasib baik ada grab untuk order makan. Hari Rabu dalam pukul 2 pagi terjaga dari tidur dengan menggigil-gigil. Masa ni suhu badan dah turun. Dah terfikir untuk nekad pergi klinik dan buat test darah kali ni. Tiba-tiba pukul 3 pagi husband sampai dari Melaka, leganya rasa.

Hari Rabu tu, pergi klinik lain. Doktor tu best betul, satu2 simptom dia sebut. Buat blood test, confirm kena demam denggi! Patutlah dengar orang cerita punyalah sakit kena demam denggi. Masa mula-mula demam, saya ada buat test Covid-19 dua hari berturut-turut, nasib baik negatif. Tapi bila confirm denggi ni pun, kena hati-hati. Kena sembur satu rumah sebab risau ada nyamuk-nyamuk yang gigit saya dan gigit family lain pulak, nanti boleh berjangkit. Tak sanggup rasanya, biarlah saya sorang yang rasa.

Konon-kononnya nak insist doktor bagi injection pain killer dan anti muntah, tapi kecewa. Doktor kata tak boleh bagi ubat apa-apa, cuma kena minum banyak air supaya platelet tak drop teruk dan tekanan darah tak drop atau darah jadi terlalu pekat sebab boleh menyebabkan shock. Doktor buat surat review untuk masuk hospital tapi merayu untuk tangguh  memandangkan esoknya start berpuasa. Paling kesian kat husband sebab kerana melayan wife yg tak larat langsung ni termasuk nak fikir preparation untuk bulan puasa. 

Yang paling pelik, selera makan termasuk selera minum memang teruk. Nak minum air 100 plus ke, air kelapa ke, susah betul nak masuk tekak. Husband masakkan sup ketam pun, ya Allah susahnya nak telan. Tapi memaksa diri bila teringatkan tiap-tiap hari kena test platelet dan kalau makin drop, kena masuk hospital. Doktor kata antara hari keempat hingga hari ke-10 sangat kritikal dan penting untuk elak denggi berdarah. Masuk hari ke-5, semua simptom keluar. Muntah, diarea, sakit sendi, dengue rashes plus tak selera makan.

Tiap-tiap hari kena check platelet dan tekanan darah, paling risau bila makin turun. Kesian husband terpaksa masak untuk orang sakit, masak untuk sahur, masak untuk berbuka. 

Alhamdulillah, masuk hari ke-9 barulah ada selera makan dan hilang sakit sendi semua. Cuma tak boleh diri lama sebab tekanan darah masih rendah.

Aduhai, begitu rupanya kena demam denggi. Terpilih pulak minggu nak puasa, alamatnya kena banyak ganti puasa tahun ni.

InsyaAllah next week baru start kerja dan baru nak mula menghadap jam di bulan puasa. Semoga semunya baik-baik sahaja. Selamat menyambut Ramadhan.






Comments

Popular Posts