Slow Down dan Enjoy!

Busy betulkan dunia hari ini. Tanpa sedar, menjadikan begitu mudah untuk kita terlepas pandang nikmat-nikmat kecil sekeliling kita. Cuba slow down dan hargai moment yang bermakna walau sekecil manapun.

Jom kita share kan antara simple pleasures yang kita boleh enjoy walaupun busy sampai tahap tak ingat dunia bak kata orang.

1. Jalan-jalan santai ataupun mindful walk. Bukan jalan laju-laju macam nak kejar punch card ataupun macam nak kejar dah terlambat mesyuarat tu ya. Ni jalan-jalan santai sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan cantik. Make sure cari tempat yang sesuai ya. Jangan kita jalan santai-santai kalau tengah beratur dalam barisan pulak, nanti orang barisan belakang geram pulak tengok gaya terhegeh-hegeh kita hihihi...

2. Nikmati secawan kopi atau teh (ataupun apa-apa sahaja minuman kegemaran). Inilah specialnya secawan kopi atau teh, sering dicari kalau orang nak hilangkan stress atau rasa nak berehat sekejap. Aksi minum kopi atau teh sambil berborak kosong dah seakan-akan satu kemestian dalam dunia busy hari ini. Leganya rasa bila dapat menghirup minuman favourite dengan aroma yang segar, lupa sebentar segala masalah. 

3. Saksikan matahari terbit atau terbenam. Keindahan langit yang berubah warna semasa matahari terbit atau terbenam mengingatkan kita tentang keindahan alam dan mampu memberikan ketenangan.

4. Baca buku. Larikan diri sebentar dalam halaman-halaman imaginasi buku kegemaran, biarkan diri hanyut dalam cerita dan watak.

5. Luangkan masa dengan orang-orang tersayang. Gelak ketawa, ceria bersama, kongsi cerita untuk bina kenangan bersama. Rasa bahagia bersama-sama orang tersayang mampu menghilangkan segala gundah gulana dan memberikan semangat untuk menghadapi sebesar manapun cabaran hidup.

6. Dengar muzik. Hanyutkan diri dalam melodi dan lirik lagu kegemaran juga mampu meningkatkan inspirasi dan membangkitkan semangat. Tambahan pula sekarang ni ada variety muzik yang boleh disesuaikan dengan keadaan. Contohnya, di Spotify ada muzik yang sesuai mengikut mood. Nak tidur ada genre lagunya, nak study, sedang bekerja, sedih, gembira dan macam-macam lagi. Pilih je yang berkenan di hati.



Diharap dengan meluangkan sedikit masa bagi menikmati keseronokan-keseronokan yang simple dan kecil ini, boleh mencipta momen ketenangan dan kebahagian di tengah-tengah kesibukan dunia. Janganlah serius sangat!


Comments