Bahagia itu sederhana
Hidup ni bukan selalu indah.
Dalam perjalanan hidup ni, banyak yang aku belajar.
Kadang kala aku tak mampu bertemu dengan jawapan "kenapa", sebaliknya belajar berdamai dengan takdir.
Mungkin Tuhan bagi selekoh dalam perjalanan - untuk perlahankan perjalanan sebentar, lihat pemandangan sekeliling dan berfikir. Belajar sabar. Belajar menerima.
Umpama bila hari hujan. Daripada melayan rasa resah menunggu hujan berhenti, lebih baik buka payung dan terus berjalan.
P/s Baru-baru ni aku layan cerita Jepun bertajuk Romantics Anonymous. Cerita tentang coklat yang menyentuh perasaan.
![]() |
| Gambar hanya hiasan. Cantik kan bangunan style lama di Jeonju disirami cahaya lampu selepas hujan. |



Comments
Post a Comment