Nota hari ini..

Semalam, kita hidup. Hari ini, kita diizinkan bangun dan masih lagi hidup. Dosa2 semalam belum kita usaha untuk diampunkan, hari ini kita tambah lagi.

Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidakkisahan ini. Kita rasa terbuai dengan kealpaan ini. Tidak mengapalah berbuat banyak2 dosa kerana esok masih ada. Esok boleh bertaubat. Bukankah Allah itu Maha Pengampun?


Kita lupa bahawa, ada satu hari, Allah akan melepaskan kemarahan-Nya tanpa tertahan2...


-Hilal Asyraf; Batu-bata Kehidupan-

Comments