Saya nak tukar profesion!

alkisahnya....

Semuanya bermula pada minggu lepas apabila sepanjang minggu saya perlu mengemaskini slaid2 untuk presentation di satu mesyuarat yang telahpun berlangsung semalam.

Dalam keterujaan saya untuk menelaah fakta2 dan rujukan2 yang berkaitan, semangat saya sedikit sebanyak tergugat dek sikap dan kritikan tidak membina yang ditunjukkan oleh sesetengah individu. Namun itu bukanlah isu utama kerana bak kata pepatah "kita tak hidup dek puji dan tak mati dek keji"...huhu...intro yang sangat serius...(bayangkan saya sedang tersenyum sambil menaip entry ini ya....)

Ya, memang pendapat orang lain juga penting kerana kadang kala kita sendiri tak perasan kesilapan yang kita lakukan, bukan? Namun keadaan itu membuatkan saya terfikir, mengapa kita suka menyusahkan jika ada jalan yang lebih memudahkan. Oppss tapi jangan salah sangka ya, ini bukan kes ambik mudah sesuatu kerja....tapi katakan matlamat yang perlu dicapai adalah sama, cuma jalannya yang berbeza, mungkinkan kita akan pilih jalan yg lebih kompleks dan berbelit2 berbanding dengan jalan lurus yang mudah dan simple.

mmmmm.....mungkin juga cuma saya seorang yang faham apa yang cuba saya sampaikan di sini...hehe..oklah, abaikan sajalah ya kalau tak faham....


Sepanjang hujung minggu Sabtu dan Ahad, seperti biasa saya sibuk dengan kerja2 rumah yang perlu diselesaikan tapi ditambah pula dengan perasaan nervous untuk buat presentation dan memikir2kan apakah yang akan terjadi. Oh, saya sendiri pun tidak pasti mengapa saya rasa tertekan kali ini sedangkan sebelum ini saya telah buat presentation yang sama di mesyuarat yang sama, tetapi dengan perasaan yang berbeza!

Ini semua rentetan daripada asakan2 negatif dan pandangan2 negatif yang saya terima sebenarnya! tengoklah bagaimana kata2 negatif memberikan kesan yang sangat negatif, bukan? Ianya sangat mudah menukar pemikiran dan sikap positif kita menjadi negatif serta menurunkan semangat dan keinginan seseorang....sangat mudah, tidak semudah kita menerapkan kata2 positif untuk menaikkan semangat di kala asakan2 negatif menerjah....

Lantas saya katakan pada diri bahawa sekiranya kita nampak sikap seseorang yang kita tidak suka, buatlah perubahan dalam diri sendiri kerana kita tak akan mampu mengubah sikap orang lain kecuali mengubah diri kita sendiri. Belajar dari kelemahan dan kesilapan orang lain untuk memperbaiki diri sendiri dan elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama pada orang lain...

...dan tentunya saya belajar untuk lebih memahami kehendak pihak atasan dalam menyiapkan sesuatu tugasan...pasti ada kelebihan dan pengajaran yang kita dapat daripada sesuatu perkara yang terjadi walaupun kita tak suka dan mungkin marah...

Semalam sepanjang mesyuarat berlangsung saya rasa seperti berada di dalam bilik yang salah! Mendengar masalah2 yang diutarakan dan tindakan2 yang perlu diambil membuatkan saya rasa seperti tersilap memilih profesion....hehe...



oh tidak, bila difikir2 dan dikaji-kaji...huhu.. ini bukan berkisar kepada perasaan dan keinginan saya semata-mata tetapi lebih kepada tanggungjawab saya kerana saya dibayar gaji untuk kerja2 yang perlu saya lakukan, bukan? tanggungjawab adalah lebih utama berbanding keinginan kita kerana keberkatan gaji yang diperolehi itu penting bagi keberkatan anak2 saya dan seluruh kehidupan saya. Seringkali kita suka memikirkan apakah yang kita inginkan lantas terlupa tentang apakah yang terbaik untuk kita.

Berbalik kepada cerita presentation saya, segala2nya berjalan lancar dan seperti diharapkan....oh it's not the end of the world punn...


Sepanjang bulan puasa ini, setiap hari saya meluangkan masa menghantar anak saya yang berumur 9 tahun ke sekolah walaupun sebelum ini pada kebiasaannya dia pergi ke sekolah menaiki van. Walaupun terpaksa sedikit berkejar2 kerana saya sendiri perlu sampai ke pejabat sebelum pukul 8, namun saya rasa kepuasaan yang tidak terucap kerana dapat meluangkan masa bersama2 di sepanjang perjalanan.....terima kasih Ya Allah di atas nikmat kesempatan yang dipinjamkan ini..

Sebelum saya beredar, kami berbalas lambaian dan di dalam hati saya terdetik bahawa inilah salah satu sebab mengapa saya perlu ikhlaskan hati dan bekerja bersungguh2 setimpal dengan pendapatan yang saya perolehi supaya mendapat keberkatan dalam membesarkan anak2 saya...Ini adalah lebih penting daripada segala rasa dan dugaan yang perlu saya hadapi dalam pekerjaan saya.

Ya, sememangnya mereka amat memerlukan saya....



Mother's Love Image

Comments