PotatoMommy ;)

Hari ni kan hari Jumaat
Dah lama juga saya tidak menghabiskan masa saya ber'window shopping' sebab kebiasaannya saya hanya duduk di pejabat sewaktu rehat tengahari sebab bawak bento! hehe...

Hari ni entah kenapa ofis ni sejuk sangat....huhu alasan lahhh tu
So teman lah kawan sepejabat pergi makan since dia pun takde teman...huhu konon lahh sangat ;-p

Lepas makan biasalah mesti nak pergi jalan2 window shopping sekejap memandangkan waktu rehat yang agak panjang di hari Jumaat ni

Dan seperti biasa juga, ada satu tempat yang wajib saya pergi walaupun sekejap...buat syarat kata orang
Gigih sangat sampai gambar plastik berkedut2 pun nak ambik gambar haha..

Ingatkan nak window shopping je memandangkan banyak lagi buku2 yg saya belum khatam membacanya macam yg saya katakan di entry sebelum ini Tersepuk Di Rak Buku?

Tapi tiba2 saya ternampak buku kecik ni...terbitan Telaga Biru
Macam menarik..
Dan seperti biasa, hati kecil akan berkata...mmm apa salahnya beli?RM15 je pun...hehe..


Dan yang paling menarik perhatian saya untuk tidak berfikir panjang membeli buku ini ialah sebab di hujung biodata penulis tu ada diletakkan laman blog...hehe pantang betul nampak blog address...mesti rasa nak pergi mengintai! huhu...

So, boleh lah kita ramai2 melawat laman blog penulis buku ini di Sweet Potato ;)

Comments

Popular Posts