Kata-kata yang bermakna ;)

Dalam kesibukan kerja dan menguruskan hidup seharian, bila terbaca kata-kata yang mendalam dan bermakna maksudnya, memang mampu memberikan motivasi.
Semoga kita diberi kekuatan berjuang agar hidup kita yang entah bila akhirnya ini dapat terus memberi manfaat. Sama ada manfaat kepada orang lain, kepada agama dan negara.
 Kerana itulah antara bekalan yang akan kita bawa nanti menemui-Nya.
Betullah seperti kata bijak pandai ..."Dunia ini tempat berpenat, di akhirat nanti kita berehat"...insyaAllah

Saya terbaca kata-kata indah ini di instagram, sama-sama kita hayati pengertiannya. 
Yang tersurat, maupun yang tersirat.

"Semakin kita mencari kesempurnaan dalam hidup, semakin pula kita tak akan mendapatkannya.
Kerana sejatinya kesempurnaan hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.
Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya.
Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.
Jangan mencari kesempurnaan, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita."
(Author : Unknown)

Salam Sayang, saya amat menghargai kalian, walaupun kita cuma berkenalan di alam maya ;)

Comments

  1. terima kasih kak atas prkongsian..moga hubungan kita d alam maya ni akan berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Assalammuaikum..

    benar sekali.. dunia adalah ladang tempat utk kita bercucuk tanam utk akhirat . Sebenarnya kesempurnaan itu bukanlah milik insan.. milik sempurna adalah rabuljalil pencinta makhluk yang menguasai langit dan bumi serta segala isinya.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumussalam....betul tu, hanya Allah sahaja yg memiliki kesempurnaan ;)

      Delete
  3. Dunia ibarat perjalanan & akhirat adalah destinasinya.. semoga ukhwah silaturrahim dpt membawa ke jalan yg diredhaiNya... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...amin...semoga kita bersama2 di jalan yg diredhaiNya...

      Delete
  4. Assalammuaikum..

    pengkongsian di alam maya ni sangat membantu jalinan ukhuwah kite..
    Boleh berkawan dan nasihat menasihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumussalam Cik Hani, betul tu...jalinan ukhwah ini ada maknanya yg tersendiri kann ;)

      Delete
  5. Memang bermakna,slm jumaat linda.=)

    ReplyDelete
  6. Thanks sebab sharing kata kata yang bermakna tu

    ReplyDelete
  7. Bersama kita jadikan renungan dlm menempuh kehidupan ini Linda.
    Betul tu apa yg diperkatakan.

    ReplyDelete
  8. sangat bermakna dan penuh informasi..

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian Linda....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, besar maknanya kak.. terima kasih untuk perkongsian berguna ni. saling mengingatkan sesama sahabat semua (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumussalam Sheila...kan Sheila kan. Sama2lah kita menghayatinya ya ;)

      Delete
  11. yup betul tu, tq share sama yer

    ReplyDelete
  12. sama2 kita kongsikan ilmu ni :)

    ReplyDelete
  13. Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada..

    ReplyDelete
  14. kata2 yang amat bermakna.. semoga perkenalan kita di alam maya berkekalan..

    ReplyDelete
  15. nice share... kalau tak mampu memberi, jgn pulak asik menerima...

    ReplyDelete
  16. Bestnya kata kata tu linda....cukup bermakna.....kalau tak mampu nak meraih pahala...janganlah menambah dosa...kan linda...

    ReplyDelete
  17. nice sharing ^_^ kata-kta yg bermakna ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Acik, saya mesti vote Acik...good luck ya ;)

      Delete
  18. sangat perlu kata² yang bermakna untuk jadikan keadaan sesuatu tu lebih baik.Salam perkenalan kak Linda :)

    ReplyDelete
  19. sangat bermakna . thank you :)

    ReplyDelete
  20. Jangan mencari kesempurnaan, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita. Terkesan dengan kata2 ni.. :)

    ReplyDelete
  21. Memang sangat bermakna kata-kata tersebut. Seharusnya menjadi renungan bersama. Thanks for sharing!

    ReplyDelete

Post a Comment