Motivasi Saya Hari Ini

Tiap2 pagi, awal2 lagi dah keluar rumah.
Tapi makin banyak kereta pulak yg keluar awal sekarang ni.
Kalau jalan yang dulunya tak banyak kereta seawal jam 7 pagi, sekarang ni dah banyak kereta dah.

Sekarang ni, yang saya perasan, di Shah Alam, pagi lambat terang, malam pulak lambat gelap. Pukul 7.40 mlm masih terang lagi. macam pukul 6 lebih. Pagi pulak kalau setakat 7.05 pagi tu masih gelap lagi. Tempat lain sama jugak ke?

Pagi ni terdengar di radio IKIM lagu nyanyian Nazrey Johari. Tajuknya Harapan pada-Mu subur kembali. Macam best liriknya. Dengar pagi2, gelap2...dalam kereta lagilah...rasa keinsafan tu.

Setiap hari dan masa kita diuji dengan pelbagai ujian.
Gembira, sedih, senang maupun susah payah...itu semua ujian.
Semoga Allah beri kita sumber kekuatan. 
Amin.

"Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini"

Comments

  1. Subhanallah...
    itulah kebesaran Nya...setiap ujian dan cabaran itu mematang dan menginsafkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Bunda kan...semoga kita sentiasa mengambil ikhtibar...

      Delete
  2. subhanallah....kuasa tuhan kan....kepong pun sama macam Shah Alam...

    ReplyDelete
  3. samalah dari Shah Alam 2 pun macam tu, seawal 6 pagi pun kereta dah berderet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farah kan...time kita keluar lambat sikit pun byk keta...keluar awal pun byk..huhu pening betul..

      Delete
  4. Suasana yang nyaman setiap hari. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, mujur office sheila dan suami belakang rumah je. hehhee. tak lalu kawasan jem dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak tegur, blog nampak cantik. tukar template ekk? heheee ^^

      Delete
    2. Waa'laikumussalam Sheila...amboiii untungnyaaa ;) aahh Sheila tukar template hihi...

      Delete
  6. kalau kat cne sabah mcm biasa jam 6.30am terang benderang dah..kalau 6.30pm dah gelap gelita dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Asha...sy pernah pegi Sabah dulu, terkejut 6 lebih dah gelap..

      Delete
  7. Setiap ujian pasti ada hikmah kebaikannya.. semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...semoga kita sentiasa dlm rahmat-Nya...

      Delete
  8. salam kenal kak.. saya singgah baca entry :)

    ReplyDelete
  9. Lirik tu semua bermakna.x kerja,so x jem la..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Atien...alahai untunglah Atien...sayapun berangan nak duduk rumah je hihi

      Delete
  10. sabarlah dgn ujian... semuga dpt jadi pengganti hukuman

    ReplyDelete
  11. Penang kul 7 ptg cerah lgi...kul 7.20pagi gelap lg...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Pagi-pagi ni bila tersangkut dalam jem, memang nak kena ada sesuatu yang boleh memotivasikan diri untuk memulakan hari dengan baik. Kalau permulaan hari pun dah tak baik, memang berlarutanlah sampai ke petang.

    Eh, tak perasan pulak terang, gelap hari nih! Masa keluar pukul 7.45 pagi tu tengok macam sama aje.... yalah, dah terang benderang pun masa tu..cuma petang pukul 7 tu masih cerah lagi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mummy..klu lmbt sampai ofis mmg boleh kacau mood kan..

      Delete
  13. Putaran Alam. Maghrib sekarang pun lambat...kalau puasa jenuh gak menunggu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh tulah Ida...mesti jenuh menunggu azan maghrib hihi...

      Delete
  14. Di tempat saya di Batang Kali ni, seawal 6.45 sudah banyak kereta di jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya mmg ramai org yg keluar awal pagi sekrg ni nampaknya kan...

      Delete

Post a Comment