Motivasi 24434

Salam semua...

Sedikit perkongsian daripada motivasi pagi di Ikim.fm...tapi minta maaf sebab saya lupa nama ustaz yang memberikan motivasi pagi minggu ini...
Tenang sahaja suaranya...sejuk telinga mendengar walaupun sedang menghadapi kelam kelibut pagi hari...hihi

Seperti apa yang telah disampaikan, betullah...kita ni hidup ada naik dan turun, kadang-kala senang dan kadang-kala menghadapi kesukaran...
Tapi walau apapun yang kita hadapi, kita perlu sentiasa ingat dan percaya bahawa Allah itu bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang seperti maksud dalam perkataan Bismillahirrahmanirrahim....
Dan juga maksud ayat kedua Surah Al-Fatihah, Allah masih menekankan bahawa Allah lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Justeru, walau apapun yang kita hadapi dalam hidup ini, sentiasa berpegang teguh kepada azimat ini yang kita baca dalam solat...iaitu bacaan AlFatihah..sebanyak 17 kali sehari...
iaitu Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
walau apapun dugaan dan cabaran kita di dunia fana ini...sebenarnya Allah telah menentukan yang terbaik buat kita...
teruskan usaha untuk melakukan sebaik mungkin yang kita mampu sebelum pulang ke negeri yang abadi...

Itulah antara motivasi terhebat...iaitu percaya bahawa Allah adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Mohonlah dan mengadu kepadanya melalui talian hayat yang asas iaitu 24434 setiap hari...

Comments

  1. Kakak pun dengar setiap pagi jam 7:30 pagi program Motivasi Pagi radio IKIM ini Linda.
    Talian hayat 24434 itu kakak dengar pagi ini.
    Jadikan renungan dan moga dpt dijadikan amalan dlm hidup kita.

    ReplyDelete
  2. Hanya kepada Allah tempat mengadu kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya....

    ReplyDelete
  3. Talian hayat yang wajib di ingat dan di lakukan...lima kali sehari semalam...

    Subhanallah...Allahuakbar...

    ReplyDelete
  4. Indeed.. Terima kasih Linda di atas perkongsian ini..
    Walau pun ringkas tapi pengisiannya menusuk ke kalbu..
    Sama-samalah kita menghayatinya..

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Indeed Allah sentiasa Maha Pemurah terhadap hambaNYA tapi ada kita juga bermurah sentiasa untuk beramal kepadaNYA? *peringatan utk diri sendiri juga

    ReplyDelete
  6. Peringatan yg baik Linda..Thanks

    ReplyDelete
  7. Talian hayat yang wajib digunakan dan diingati setiap hari. Kalau tidak bermohon kepadaNya, kepada siapa lagi yang harus kita memohon...

    ReplyDelete

Post a Comment