Elakkan 10 pemikiran tidak rasional ini
Kadang-kala kita berfikir dengan tidak rasional. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mungkin kita pernah berfikir sebegini. Secara sedar ataupun luar sedar.
1. Kesilapan
adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jika saya membuat kesilapan, bermakna
saya tidak cekap.
2. Apabila
seseorang tidak bersetuju dengan saya, ia adalah satu serangan peribadi
terhadap saya.
3. Untuk menjadi seorang yang bahagia, saya mesti disukai oleh semua orang.
4. Nilai sebenar
saya sebagai seorang individu bergantung kepada apa yang orang lain fikir tentang
saya.
5. Jika saya tiada
teman baik, saya keseorangan.
6. Tiada pertengahan
ataupun grey area. Kejayaan selalunya berkait dengan warna putih dan kegagalan
adalah hitam.
7. Tiada apa yang benar-benar sama seperti apa yang kita inginkan.
8. Jika hasilnya
tidak sempurna, ianya adalah kegagalan.
9. Jika sesuatu
yang buruk berlaku dalam hidup saya, ia adalah kesilapan saya.
10. Masa lalu
sentiasa berulang. Jalan keluar yang terdahulu pasti sama dengan jalan keluar sekarang.
Elakkan pemikiran sebegini menyemakkan pemikiran dan perasaan kita.
Tarik nafas, berlapang dada, berfikiran terbuka.
Dan ingat, berikan senyuman pada kehidupan.
Bukan mudah utk menepis semua itu Linda
ReplyDeleteKadang kehendak tak selaras dgn minda dan hati kita ni.
Susah betul..
Betul tu kakZakie....saya pun sama ada jugak berfikir tak rasional ni
DeleteBetul betul... Agak susah tp kena juga cuba elakkan pemikiran yg sesak kan fikiran n hati. Berlapang dada dan fikir ke arah yg positif. =)
ReplyDeletetulahh Aina, walaupun selalu jugak tersasar tapi kena cuba dan terus cuba...
DeleteMemang sebenarnya agak susah nk elak sesetengah perkara.tp kena think postive la
ReplyDeleteBetul kann...nak fikir negatif tu senang jek huhu
DeleteSetuju... semoga kita semua sentiasa berfikiran positif dan berjaya... aamiin.
ReplyDeleteinsyaAllah Tn.Khir, especially generasi muda dan belia ni kan
Delete