Kita akan OK

Kita sedang berjalan. Dalam perjalanan untuk berjumpa seseorang.
Kita bimbang lewat.
Kita bimbang apa yang orang itu akan fikirkan sekiranya kita terlewat.
Dalam perjalanan tersebut, kita lalu di hadapan sekumpulan orang.
Kita bimbang apakah agaknya yang mereka fikirkan tentang kita.
Kita tak sedar. Rupanya kita juga sedang berfikir tentang mereka.
Kita sedang buat apa yang kita bimbangkan.
Kita bimbang orang lain sedang membuat penilaian tentang kita. Rupanya kita juga sedang membuat penilaian tentang orang lain.

Kita selalu berfikir tentang segala kebimbangan dalam hidup. Setiap masa.

Kita selalu beri tumpuan pada kebimbangan.
Bimbang tentang tanggapan buruk ataupun kesan buruk yang mungkin berlaku.
Walaupun sebenarnya keburukan itu hanyalah salah satu kemungkinan daripada beberapa kemungkinan lain yang lebih baik.
Tanggapan buruk daripada orang lain, takkan mampu membawa keburukan dalam hidup kita.

Lambat-laun, kita akan OK.
Semuanya akan berlalu. 
Kita cuma perlu membina keyakinan bahawa kita OK.
Lepaskan segala kebimbangan. Jangan biarkan kebimbangan dan keresahan menggunakan kita.

Teruskan berjalan dengan rileks.
Berikan senyuman pada kehidupan.


Comments

  1. Semua nya InshaAllah akan OK ye Linda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kan yati, dgn izin-Nya jua :)

      Delete
  2. deep..tepat sekali Linda..wah cantik blog berwajah baru.. :)

    ReplyDelete
  3. Tak perlu bimbang sangat. Kalau kita terlalu bimbang, semua perkara pun tak boleh dibuat. InsyaAllah, kita akan okay! Allah akan tolong kita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull tu MD, usaha yg baik2, fikir yg baik2..insyaAllah diberi yg baik2 kan :)

      Delete
  4. sy dah lupa blog ni..
    mcm best pulak bca ayat2 awak...
    mcm penulis..mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. huk huk ...saya cuma penulis blog picisan. Terima kasih sgt sebab sudi singgah dear ;)

      Delete

Post a Comment