Lepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru
Tahun 2016 akan mengucapkan selamat tinggal.
Setiap tahun begitulah lazimnya. Setelah menempuh segala
ceritera hidup selama 365 hari, kita akan sekali lagi berkobar-kobar ingin
mengucapkan selamat datang kepada tahun baru.
Sebuklah dengan segala perayaan dan rancangan di TV.
Boleh dikatakan, semua peringkat umur cuba meraikan kedatangan tahun baru
dengan cara tersendiri. Mungkin merayakan segala kejayaan yang telah dikecapi. Yang
kurang bernasib baik mungkin mengharapkan agar ada sinar harapan bagi mereka di
tahun baru.
Tahun baru begitu sinonim dengan azam baru.
Apa kata tahun baru ini kita cuba fokus kepada sesuatu yang
baik. Yang positif. Justeru itu, kita perlu tinggallkan segala negatif dan
tidak baik. Jangan bawa ke tahun baru. Masa untuk Let Go!
Jom kita berazam untuk melepaskan 20 perkara ini sebelum tahun baru. Semoga dipermudahkan inshaAllah..
1. Lepaskan sikap cepat
marah - kemarahan
selalunya membuatkan kita rasa kecewa dan sering kali mendorong kita melakukan
sesuatu yang akhirnya membuatkan kita rasa menyesal.
2. Lepaskan dendam yang
tersimpan - Hidup
ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan memikirkan tentang kesilapan orang
lain. Belajar memaafkan dan beri peluang kepada orang lain memperbaiki
kesilapan mereka. Kita juga tak akan mampu menjadi manusia sempurna. Bina
cerita baru yang lebih manis.
3. Lepaskan pemikiran
bahawa orang lain lebih bagus daripada kita – secara perumpamaannya, jika rumput kelihatan lebih
hijau di sebelah sana, berhenti membandingkan. Berhenti merenung kisah orang
lain. Berhenti merungut. Rumput kita sendiri tak akan hidup subur sekiranya
kita tak mula menyiram.
4. Lepaskan kepercayaan
yang silap – kawal apa
yang kita boleh percaya dan apa yang kita tidak boleh percaya. Gunakan fakta
dan kebijaksanaan dalam membuat penilaian.
5. Lepaskan cita-cita yang
telah tamat tempoh! –
kadangkala menerima perubahan itu adalah menyakitkan. Tetapi pada akhirnya,
tiada apa yang lebih menyakitkan selain tinggal terperangkap pada satu-satu
keadaan tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Belajar untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan. Move on.
6. Lepaskan semua kenangan buruk – kata pepatah
“Anda bukan apa yang telah berlaku kepada anda; anda adalah tindakan yang anda
pilih semasa apa yang berlaku kepada anda (You are not what has happened to you; you are what you choose to become
in this moment).
Lepaskan segala yang pahit, tarik nafas dalam-dalam dan bermula sekali lagi. Akhirnya,
anda akan tahu anda berada di landasan yang betul dalam kehidupan apabila anda
menjadi tidak berminat dalam melihat ke belakang, dan tidak sabar-sabar untuk
mengambil langkah seterusnya.
7. Lepaskan
gangguan-gangguan kecil yang tidak penting – seperti kata orang, “Don’t sweat the small stuff”.
Tekanan sebenarnya datang dari cara kita bertindak balas.
8. Lepaskan pemikiran
bahawa orang lain tidak sehebat anda - walaupun kita telah bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan
yang dikecapi sekarang, sentiasa ingat bahawa orang yang benar-benar hebat
tidak memperkecilkan orang lain.
9. Lepaskan keinginan
untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak perlukan – fikirkan nilai sesuatu yang kita
inginkan, sebelum kita membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu.
10. Lepaskan keinginan
untuk mendapatkan balasan di atas perbuatan baik yang kita lakukan – tidak perlu bimbang tentang apa
balasan yang akan kita perolehi di atas kebaikan yang kita berikan. What you
give you will get back. Walaupun dengan cara yang berbeza dan daripada individu yang
berbeza.
11. Lepaskan sikap yang meletakkan
keperluan semua orang lain melebihi keperluan diri sendiri - Beri seberapa banyak yang kita
mampu setiap hari, tetapi jangan sesekali membenarkan diri kita dipergunakan.
Dengar suara orang lain tanpa kehilangan suara kita sendiri.
12. Lepaskan ketakutan
untuk mencuba sesuatu
- ketakutan membunuh impian lebih daripada kegagalan. Jadi jangan biarkan
ketakutan menghalang usaha kita sebaliknya tukarkannya menjadi pendorong.
13. Lepaskan pemikiran
untuk menunggu kesempurnaan – kita tidak perlu sentiasa menunggu kesempurnaan untuk mencuba sesuatu.
Kadang-kala kita hanya perlu mencubanya, dan lihat apa yang berlaku. Lakukan yang
terbaik sehingga kita tahu apa yang sebenarnya terbaik.
14. Lepaskan sikap
mengkritik diri sendiri - beri inspirasi kepada diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Maafkan diri
sendiri. Terima diri sendiri.
15. Lepaskan sikap cuba berubah
hanya untuk menarik perhatian orang lain - Berubah kerana anda tahu ia adalah perkara yang betul
untuk dilakukan untuk ANDA.
16. Lepaskan pemikiran untuk mendapatkan segala-galanya dengan tergesa-gesa – keep going tetapi tidak perlu terlalu tertekan. Lakukan sehabis baik
apa yang kita termampu. Usah terlalu mendesak diri sendiri di luar kemampuan. Tujuan
sebenar tiada had masa.
17. Lepaskan semua pengaruh
negatif – segala yang
negatif sebenarnya tidak akan membawa kita ke mana-mana.
18. Lepaskan sikap
kepura-puraan –
seperti kata pepatah “The first step to
greatness is to be honest”.
19. Lepaskan pemikiran
bahawa semuanya telah terlambat – ianya sentiasa lebih baik untuk berada di
bawah tangga yang kita ingin daki daripada berada di bahagian atas tangga yang
tidak kita inginkan.
20. Lepaskan sikap suka
bertangguh – lakukan
apa yang kita perlu lakukan hari ini supaya esok, kita boleh berada di mana
sebenarnya kita ingin berada.
Kadang-kala bahagian yang paling sukar bukanlah sekadar untuk
melepaskan sesuatu itu pergi tetapi untuk belajar memulakan sesuatu yang baru. Buat
adjustment bermula tahun baru ini. Lepaskan
mana-mana yang tidak bermanfaat kepada diri sendiri. Gantikan dengan sesuatu
yang lebih bermakna. Hidup kita adalah pilihan kita.
Salam Tahun Baru 2017
Banyak juga nak kena lepaskan nie.. 2017 harus bermula dengan baik dan semangat yang positif..
ReplyDeleteHappy new year sis..
Betul tu Shahida.....Selamat tahun baru :)
DeleteSelamat tahun baru Ila :)
ReplyDelete