Membentuk tabiat positif dengan bercerita
Bayangkan kita ingin menyemai satu
tabiat/habit yang baru. Contohnya, bersenam. Kita mungkin akan memberitahu
diri kita sesuatu seperti ini: "Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa
dan hebat, saya akan cergas dan menjadi super sihat!"
Ini adalah kisah yang kita akan
ceritakan pada diri sendiri. Ianya belum lagi menjadi nyata, tetapi ia
mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk mempengaruhi perasaan kita dan mendorong
kita untuk mengubah tindakan. Cerita positif mengenai tabiat ini akan mendorong
kita untuk mengambil tindakan.
Katakan pula senaman yang dilakukan
itu tiba-tiba menjadi sesuatu yang benar-benar sukar, dan kita tidak
menyukainya. Cerita kita mungkin berubah. "Saya tidak suka bersenam. Ianya
benar-benar menyiksakan! "
Cerita kita tentang tabiat
bersenam tersebut telah berubah! Kita melihatnya sebagai satu perkara yang kita
benar-benar tidak suka. Mulai saat itu, pasti kita tidak lagi bersemangat untuk
bersenam.
Ok, katakan pula kita terlepas rutin
bersenam selama beberapa hari kerana kesibukan. Cerita kita turut berubah
"Saya tidak berdisiplin. Nampaknya tabiat bersenam ini tidak sesuai dengan
saya". Sekali lagi, cerita kita
berubah! Lantas, tindakan kita juga akan berubah seiring dengan apa yang kita ceritakan pada diri sendiri. Kita akan mula melupakan tabiat baik yang ingin kita semai.
Rupanya bagaimana kita bercerita kepada diri kita tentang sesuatu
perkara adalah sangat penting. Kesannya lebih daripada apa yang kita jangkakan.
Ianya akan memberi kesan kepada tindakan kita selanjutnya.
Justeru, adalah sangat penting
untuk kita membentuk cerita-cerita yang positif, lantas bercerita yang
positif-positif sahaja kepada diri sendiri supaya kita cenderung untuk
berpegang kepada tabiat yang positif itu.
Ianya bukan untuk bermakna kita harus mengabaikan sesuatu yang negatif kerana hidup bukanlah
terlalu ideal. Pasti ada pengalaman yang negatif. Tetapi diharapkan agar cerita-cerita positif kepada
diri kita ini akan membantu kita menjadi lebih berdaya tahan di dalam
kehidupan. Diharapkan kita akan mampu menepis hal-hal negatif dengan jiwa yang
lebih tenang dan perasaan yang positif.
Betullah kata orang, fikir yang
baik-baik, sebut yang baik-baik. InsyaAllah apa yang akan kita perolehi adalah
sesuatu yang baik-baik.
Kena sentiasa niat yang baik-baik.. barulah dapat pun yang baik-baik sahaja kan Linda..
ReplyDeleteBetul tu Shahida :)
Deletethanks for sharing
ReplyDeleteWelcome dear :)
Deletebetul..sangat setuju
ReplyDeletetanam impian pastu kukuhkan lagi dengan kata-kata positive akhirnya membentuk tabiat yang baik..
kata-kata smenagat ni like mental enhancement untuk minda bawah sedar untuk train minda sedar..pastu lead kepada positive behavior
Betul tu Husna :)
Deletebila hidup dikalangan sahbat yang positif...bercakap yang positif ya kita pun akan positif...
ReplyDeletesinggah sini dari arzmoha.com
betul tu....terima kasih ya sbb sudi singgah :)
Delete