Belajar bertenang dan menghayati sesuatu
Seseorang yang pernah bekerja di Volvo, Sweden, pernah menulis begini;
“Any project in the company takes 2 years to be finalized,
even if the idea is simple and brilliant. It’s a rule.”Kebanyakan dunia korporat global mengharapkan
pencapaian yang pantas dan laju. Tetapi berbeza dengan orang Sweden. “They, on the other hand, debate, debate, debate, hold x
quantity of meetings and work with a slowdown scheme. At the end, this always
yields better results.”
Di Eropah juga, terdapat pergerakan yang dinamakan “Slow Food” di mana mereka perlu makan dan
minum secara perlahan-lahan serta menikmati masa bersama
keluarga dan rakan. Mereka mempersoalkan tentang sikap tergesa-gesa yang
dicetuskan oleh era globalisasi serta keinginan yang hanya fokus kepada kuantiti
berbanding kualiti. Contohnya, orang-orang Perancis, walaupun mereka cuma
bekerja selama 35 jam seminggu (orang Malaysia bekerja minimum di antara 40-45
jam seminggu), tetapi sebenarnya mereka lebih produktif berbanding orang-orang
Amerika dan British. Di German pula, mereka telah memulakan waktu kerja purata selama 28.8 jam
seminggu dan mendapati kadar produktiviti mereka meningkat sebanyak 20%
(Rujukan. Zenhabits.net).
Sebenarnya
sikap “no rush” ini bukanlah bermakna kita membuat sedikit kerja atau mempunyai
produktiviti yang rendah. Ianya lebih kepada membuat sesuatu dengan kualiti
tinggi serta usaha yang terbaik dalam keadaan kurang tekanan / stress. Pekerja akan
lebih happy dan menghayati pekerjaannya. Atau dengan kata lain, mereka enjoy
pekerjaan yang sedang dilakukan.
Kononnya
kita sentiasa mengejar masa supaya tidak ketinggalan mendapatkan masa hadapan
yang cemerlang. Itu tentu sekali satu sikap yang sangat baik dan perlu diteruskan.
Namun apabila terlalu mengejar dan tergesa-gesa, kita mungkin lupa menghayati
saat dan masa yang kita ada sekarang. Detik sekarang ini milik kita. Hayati. Kerana
satu detik yang kehadapan pun belum tentu milik kita.
Semua orang
ada masa yang sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yang bezanya cuma bagaimana
kita mentadbirnya. Live each moment.
Hayati setiap detik yang kita ada dengan ketenangan.
“Life is what happens to you while
you’re busy making other plans”.
-John Lennon-
Orang barat dgn jepun menghasilkan produktiviti tinggi sebab attitude mereka. Cuba perhatikan cara orang kita berkerja. Pelanggan tua pun kena marah.
ReplyDeleteBetul tu, saya setuju. Rata2 orang kita tak enjoy dgn pekerjaan mereka.
DeleteOrang barat dgn jepun menghasilkan produktiviti tinggi sebab attitude mereka. Cuba perhatikan cara orang kita berkerja. Pelanggan tua pun kena marah.
ReplyDeleteOhh, baru tahuuuu!!!!!!!
ReplyDeleteKerja yg producktiviti tuh sbnrnye pentinggg
Betul tu dear....produktiviti menggambarkan efisiensi kerja :)
DeleteSebab tu orang kata, hidup kena ada jadual, supaya kita boleh aim apa yang kita nak capai...
ReplyDeleteBetul tu Nora....kalau tak boleh lupa kot hihi :p
Delete