pelbagai cerita...
CERITA 1
Alhamdulillah, akhirnya berakhir sudah episod kami bertarung dengan peperiksaan...
pergghhh....rasanya serik dah, tak nak dah saya ambil exam lagi lepas ni...
kalau nak further study lagi pun, nak ambik research-based saja, no more exams huhu...
doakanlah agar semuanya berjalan lancar, dapat results yang cemerlang dah boleh grad...insyaAllah...
CERITA 2
malam sebelum exam tu, try nak bukak e-mail jap, mana lah tahu ada last minute tips dari kawan2 ke hehe...tiba2 tup tup kena serangan virus, langsung tak boleh open internet browser..
alamak tensionnya saya, azam menggunung nak update blog lepas exam, tetiba pulak komputer ni buat hal...
infected dengan virus trojan! manalah saya tahu antibiotic apa nak bagi, tak tahulah pulak virus trojan ni gram positive ke negative hehe...saya belajar antibiotic untuk virus manusia jek...
punyalah stay up nak study dan hafal mana2 yang patut, tetiba sebuk menggodeh komputer lah pulak... aduhaiiii....tension tau...
dah lah tidurkan anak pukul 10.30 malam, biasalah saya pun tertidur sekali, pastu husband kejutkan pukul 12 mlm lepas dia siap iron baju untuk kerja, kesian husband kena iron baju sendiri sejak saya exam ni...
last2 saya tak tidur sampai pagi tau, pergi exam, jawab soalan dengan batuk2 yang makin teruk ni, mengganggu je konsentrasi kawan2 yang lain nak menjawab exam...
habis exam makan tengahari, lepak2 dan borak2...yahooo merdeka akhirnya kita ya!
sampai rumah pukul 2.30 ptg, masih tak dapat nak lena, pukul 4 petang anak saya balik dari sekolah, pukul 5 ambil si kecik dari nursery, badan dah rasa menggigil dah tapi tak rasa mengantuk pun..
nasib baik husband belikan makanan, pukul 10.30 masuk tidur, letak kepala atas bantal, susukan anak dan terus tertidur, tak sedar pun bila si kecik tu tertidur...
CERITA 3
Ya Allah, tahu tak pagi tadi saya tak tersedar langsung! set alarm pukul 5.30 pagi diikuti pukul 6 pagi, tapi tak dengar pun, pukul 7 baru terjaga!
aduhaiii...tak pergi sekolah lah anak saya...malunya kat orang van yang ambik dia tu, sahlah dia tengok penghuni rumah ni subuh dinosaur...husband pun tak sedar sebab sampai pukul 4 pagi company asyik call dia sebab ada production problem huhu...
saya pulak bila bangun pagi tadi terasa panas je badan ni, di tambah pulak dengan batuk yang makin teruk sampai tak keluar suara.... tapi alhamdulillah sebab demam lepas exam semua dah selesai...
terpaksalah anak saya ponteng sekolah, saya pulak cepat2 hantar mesej mintak maaf kat driver van tu...
CERITA 4
hari ni terpaksa jugak hantar si kecik tu ke nursery, sebabnya ada satu lagi assignment yang perlu dihantar selewat2nya esok, kalau tak alamatnya kosong ler markah continuous assessment saya...
sebelum pergi tu, si kecik tu sebuk ler nak bawak biskut sampai 4 bungkus sebab dia kata dia nak makan dengan kakak...selalu dia memang sebut kakak je, dia bahasakan sebagai "kakak yang jaga hana", tapi hari ni dia kata "nak makan biskut dengan cik ida", memang yg jaga dia tu nama ida, dia ni pulak nak dekat ida tu je lah sorang, dengan org lain mesti dia nangis.....hari ni pandai pulak dia cakap nak makan dengan cik ida..biasanya dia tak tahu nama....
sampai kat nursery, biasanya mmg org lain yang ambik sebab ida jaga kat atas, saya pun bagilah tahu hana kata nak makan biskut dengan cik ida.....tetiba pengasuh yg ambik dia tu kata ida tu semalam dah last day, dah berhenti dapat kerja lain, hari ni dia dah takde....
aduhaiii...kesiannya anak saya.....terharunya saya rasa...macamanalah keadaan dia hari ni yek...mesti dia nangis, tapi terpaksa jugaklah sebab nanti dia tak biasa dengan org lain, lagipun badan saya mmg tak kuat rasanya hari ni, nak siapkan assignment lagi...takpelah anakku, lepas hantar assignment nanti, ibu jaga kat rumah sementara cuti semester ni ya...
on the way balik ke rumah tadi, mengalir jugak air mata saya dalam kereta, mengenangkan anak yang teringin nak makan biskut dengan kakak yg biasa jaga dia tapi rupanya dah takde dah kat nursery tu....aduhai sedihnya....
CERITA 5
on the way balik ke rumah, dari dalam kereta saya ternampak lori yg selalu angkat sampah kat kawasan rumah saya tu, mereka duduk lepak kejap atas rumput sambil minum air kosong...
mereka ni datang awal2 pagi sebelum subuh lagi, setiap selasa, khamis, sabtu mesti datang, tak kira cuti ke tak ke...alhamdulillah kerana ada mereka yang tolong angkatkan sampah dari rumah saya, kalau tak mesti busuk kawasan rumah dan berulatlah sampah2 tu...saya selalu tengok dorang bukak satu2 plastik sampah tu dan asingkan plastik, botol, kaca sume tu.....bayangkan ada macam2 jenis manusia kat satu2 kawasan perumahan dan tentunya ada pelbagai jenis sampah kan, tapi sanggup mereka bukak satu2 dan asingkan...
lepas tu mereka cuma duduk berehat sambil minum air kosong, masa saya hantar anak saya tu dah pukul 10.30 pagi maknanya kalau mereka selalu datang pukul 5.30 pagi, dah lebih kurang 5 jam mereka berkerja...kalau kita mesti nak breakfast pekena nasi lemak ke roti canai ke, padahal kerja duduk dalam pejabat ber aircond dan menghadap komputer je...tapi mereka berhempas pulas dengan kekotoran dan bau busuk untuk mencari rezeki yang halal....dan saya dapat lihat mereka berbual sambil tertawa!
saya betul2 merasakan yang mereka adalah org2 yang hebat.....
CERITA 6
panjang pulak cerita saya hari ni...assignment ada lagi nak siapkan ni...
panjang betul list perkara2 yang saya nak buat sepanjang cuti semester ni, maklumlah bulan Julai nanti kami akan mula bekerja, semoga semuanya ikut schedule dan dipermudahkan..
takut juga tetiba ada kerenah birokrasi yang nak kami mula kerja awal ke...huhu...
semoga kami semua lulus dengan cemerlang.....
masa mmg selalu cemburu dengan kita, dalam hidup ni mmg takde free time sebenarnya...
ingat lagi masa cuti semester yang lepas, ada cuti dalam sebulan tapi Allah bagi dugaan bila anak saya masuk hospital, seminggu juga dalam hospital, jaga dia sakit jek dah masuk 2 minggu...
saya dah kemas rumah awal2 lagi sebab konon2nya nak aturkan semuanya supaya senang bila masuk semester baru tapi sepanjang saya takde di rumah menjaga anak yg sakit di hospital, Allah sahaja yg tahu semuanya jadi tunggang langgang bila suami dan anak yg sulung tinggal di rumah....dahlah sehari lepas anak saya keluar hospital tu, kuliah pun bermula..
menitis jugak air mata saya masa tu, dengan badan yg penat tak cukup tidur di hospital, balik rumah kena mengemas dan kelam kabut kerana anak pun nak masuk sekolah Januari tu.....hanya Allah sahaja yg tahu perasaan saya masa tu...
tapi bila dikenang2 semula semua kepahitan tu, saya anggap itu semua adalah dugaan sepanjang mencari ilmu..hanya Allah yang tahu apa yg terbaik utk kita kan...
Ya Allah, permudahkan lah perjalanan saya kali ini, keberkatan masa itu hanya milik-Mu ya Allah...
CERITA 7
habisnya exam ni dan insyaAllah tamatnya perjuangan kami sebagai pelajar, apa yg biasanya saya buat untuk menjadi survivor dalam perjuangan ini pastinya akan saya kenang sampai bila2!
takdelah lagi saya baca nota sambil bawak kereta!....tiap2 kali exam mmg saya buat ni hehe.. yelah perjalanan dari shah alam ke puncak alam, sekurang2 nya ambik masa sejam jugak dengan traffic lights dan jam lagi, mmg saya akan baca nota, selalunya nak menghafal fakta dan alhamdulillah Allah masih selamatkan saya dan selalunya yang saya hafal masa drive tu ler saya ingat hehe....pelik jugak lah kalau saya fikir2...mmmm
baca nota sambil iron baju tu mmg dah biasa dah, tulis tesis sambil selang seli dengan melipat baju pun pernah buat...entah apa2 kan? hehe...saya bukannya apa, kalau boleh tak nak keadaan keluarga saya affected dengan keputusan saya untuk bergelar pelajar, sebab itu saya cuba jugak buat semuanya selagi saya mampu....tapi terima kasih pada husband yg sudi menolong saya sepanjang minggu exam ni....
baca nota sambil menyusukan anak tu biasa je kan, baca nota sambil menidurkan anak dengan application flashlight yang saya download dalam telefon pun dah biasa, ok jugaklah sebab terang jugak lampunya, sebelum ni pernah juga saya cuba membaca dengan lampu suluh kecik tapi tak berapa clear...kalau terdesak kadang2 saya menaip assignment di laptop yg saya letakkan di hujung kepala anak saya sambil menyusukan dia untuk tidur...kesian anak2 saya kan....
aduhaiii bila difikir2 kan semula....semua yang telah saya lalui itu sangat meletihkan.....
tapi kekuatan yang kita dapat dan pengalaman yang kita kutip tiada galang-gantinya...tahniah kawan2 ku yang telah sama2 mengharungi perjuangan ini bersama2....saya pasti rindukan suasana belajar dan pelbagai kerenah kita bersama2....terima kasih di atas segala perkongsian dan tunjuk ajar...
akhir cerita hari ni....hidup adalah satu perjuangan dan hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung segala harapan dan pengakhiran kerana esok belum pasti lagi untuk kita dan segala cerita hari esok adalah milik yang Maha Esa jua...
sehingga berjumpa lagi di alam tinta ini.....wassalam

Hi Sir/Madam,
ReplyDeleteGreetings from Exabytes Malaysia.
We are currently running a contest in Facebook and We are giving out iPad 2.
All you need to do is write about one of our product,
Do drop by our FB contest page.
http://bit.ly/exb-superblogger
Or http://www.facebook.com/exabytes.com.my?sk=app_10442206389
We are giving out:
iPad2 x1
Starbucks Voucher RM50 x5
Haagen Daaz Voucher RM25 x5
KFC Voucher RM10 x10
Google Notepad x10
Exabytes Notepad x15
Only in Malaysia