HIJRAH

Alhamdulillah...syukur kepada Allah...kerana telah memberi saya segala ruang dan peluang di muka bumi-Nya ini; namun begitu, adakah saya telah cukup menjadi hamba-Nya yang bersyukur? Cubalah sebaik mungkin merasakan kesyukuran itu dgn lisan mahupun perbuatan; namun takkan kita mampu membalas segala kurniaan-Nya yang Maha Esa...

Hari ini genaplah 7 hari saya berhijrah ke satu destinasi yang baru.....10 tahun lamanya saya di situ, dan saya sendiri tidak menyangka yang akhirnya saya akan melalui satu penghijrahan yang saya kira agak mendamaikan....

Mana tidak, kalau dulu untuk sampai ke tempat kerja tepat masa, saya mungkin mengambil masa 45 minit atau sejam, tapi sekrg saya cuma perlukan 15 hingga 20 minit...Ya, mungkin tugasan yg baru ini agak mencabar namun seperti kata mak "anggap ini peluang untuk kita mencari pahala...." insyaAllah saya akan cuba yg terbaik yg saya mampu, semoga hari2 saya dipermudahkan Allah jua....

Comments