Masa itu milik Allah

Ini ialah nota peringatan untuk diri saya sendiri:

Jeritan bunyi alarm telefon bimbit kedengaran...membingitkan telinga di kala dinihari
Dengan mata yang terpisat-pisat dan rasa mengantuk yang belum hilang, lantas alarm dimatikan
Hasrat hati tentunya ingin menyambung tidur...badan pun masih terasa letih
Namun...aduhai, hasrat terpaksa dibatalkan lantas teringatkan baju-baju yang perlu digosok untuk ke tempat kerja....digagahkan juga bangun untuk membuat persiapan suami, diri sendiri dan anak-anak...

mmmm....bagus kan kalau dapat solat sunat dua rakaat dan mungkin membaca al-quran sebaris dua..
ohhhh...tapi takut tak sempat pula nanti..
lantas terus meneruskan menggosok baju dan membuat persiapan

azan subuh sudah kedengaran...cepat-cepat menyiapkan anak yang ingin ke sekolah
solat subuh dua rakaat pun dirasakan panjang apabila hati teringatkan van sekolah yang akan datang pada bila-bila masa...sementelah lagi bila waktu subuh masuk agak lewat sedikit
al-ma'thurat? aduh...lama sudah tidak mampu dibaca memandangkan masa yang agak suntuk terkejar-kejar di waktu pagi

di pejabat banyak tugasan...mesyuarat, perbincangan....seperti tidak sedar masa berlalu
sedar-sedar sudah masa untuk makan....berduyun-duyun pula ke tempat makan sambil membincangkan pelbagai isu...
pelbagai luahan perasaan dinyatakan, keluh kesah tak lupa juga segala kesulitan dan cabaran
sedar-sedar masa telah berlalu, tinggal 10 minit saja lagi sebelum habis masa rehat, pukul 2 perlu mulakan tugasan
solat zohor cuba dilakukan sebaik mungkin, namun kadangkala mungkin sedikit tergesa-gesa bila tiba-tiba tersedar yang ada mesyuarat lain pula bermula pukul 2 petang..

bila petang menjelma, mula pula berkejar-kejar untuk pulang ke rumah
hati tidak tenang memikirkan kesesakan lalu-lintas, apatah lagi jika anak-anak asyik menelefon bertanya bila akan pulang
tergesa-gesa pula solat asar....kadangkala hati tidak tenang memikirkan apa yang perlu dimasak malam nanti, anak pula perlu dihantar ke tuisyen atau mengaji seawal jam 8 malam
al-ma'thurat jarang sangat dapat dibaca....

dalam kesibukan memasak dan mengemaskan keperluan keluarga pula, tergesa-gesa pula menunaikan solat maghrib, solat berjamaah cuba diamalkan semampu mungkin...ya semampu mungkin
al-quran sebaris dua? kadang-kadang sahaja kerana selalunya perlu pula tergesa-gesa menghantar anak

isyak pula menjelma...badan pun sudah letih, mata pun berat sungguh hendak dibuka
dalam kepayahan dan keletihan solat isyak ditunaikan...
hati mungkin sudah terbayang-bayangkan tilam dan bantal untuk melelapkan mata....

mmm begitulah rutin-rutin seharian...
mengapa begitu banyak tugasan yang perlu dilakukan berbanding masa yang ada?
rasanya sudah terkejar-kejar...mengejar masa yang sering hilang
aduhaiii...kadang-kadang rasa seperti tidak mampu lagi mengejar masa yang berlalu...
mengapa cepat sangat berlalu wahai masa?

bila difikir-fikirkan dengan mata hati...akal, ilmu dan pengetahuan...
seperti tidak mampu....ya memang tidak mampu mengejar dan terus mengejar masa yang seperti mencemburui setiap langkah dan tindakan
masa wahai masa...memang bukan milik kita rupanya
masa milik Allah...sedarlah wahai diri yang sering alpa dan lupa
masa milik Yang Maha Esa, dikurniakan, diberi pinjam kepada kita untuk mengingati-Nya, untuk beribadah kepada-Nya, untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini....
masa yang kita ada hanya untuk Allah yang Maha Esa...ibadah ikhlas kerana Allah, kerja perlu kerana Allah, berbakti kepada ibu-bapa, keluarga, masyarakat, agama dan negara hanya kerana Allah jua...
ikhlaskan dan tetapkan hati....segala-galanya hanya untuk Allah jua
bukan untuk kepentingan diri, harta dan dunia semata-mata
berdoa dan terus berdoa agar keberkatan masa itu boleh menjadi milik kita
mohonlah kepada yang empunya masa dan yang memberi keberkatan masa itu...
mohonlah kepada Allah yang Maha Esa....

kita memang tidak cukup masa....manfaatkan, sebelum kita akan pulang menemui Pencipta


Comments