Jangan risau untuk berkreatif :-)

Minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kursus Strategic Thinking di Bagan Lalang, Sepang..... terima kasih kepada Encik Akmal dan Encik Megat selaku trainer kerana pengisian2 yang disampaikan sangat bermanfaat untuk kami dan cara penyampaian yg berkesan memudahkan pemahaman dan insyaAllah akan cuba untuk diamalkan. Terima kasih juga buat Encik Azim dan Cik Adliah selaku urusetia yg baik hati dan selalu tersenyum :-)

Sepanjang berkursus tu cabaran yg agak sukar bagi saya ialah bila tiba part hendak berkreatif. Rasa seperti otak dah berkarat dan asyik nampak idea2 yg biasa saja. Nasib baik ramai kawan2 satu kumpulan yang sgt kreatif dan byk idea... terima kasih kepada ahli kumpulan dan ahli2 kursus yg lain...korang memang happening dan best!

Tiba2 saya rasa kelakar pulak sebab bila dah habis kursus rasa gian pulak nak melukis dan mewarna....mana tidaknya dah lama rasanya tak pegang crayon sedangkan masa belajar dulu itulah salah satu favourite saya...nak kata berbakat tu mmg jauh sekali tapi rasanya masa tu mmg sangat puas bila dapat menyonteng2 kertas, lepas tu dapat pulak claim yg kita conteng tu lukisan abstract yg org lain tengok memang tak faham (budget kita sorang je faham sbb kreatif la kononnya huhu...)



Malangnya bila dah berkahwin dan ada anak, memang kreativiti dah beralih arah dan definisinya menjadi lebih luas...bukan lagi melibatkan warna-warni dan corak di kertas tetapi lebih kepada kreativiti dalam kehidupan seharian. Ya, lebih kepada warna-warni dan pelbagai corak dalam kehidupan! Cabaran berkreativiti telah beralih arah kepada bagaimana nak mengatur rumah yg sentiasa perlu dikemas, apa yg perlu dimasak, mendidik anak dan lain2 lagi urusan seharian. Jadi maknanya memang kita kena selalu terus berkreatif dan berfikir di luar kotak... kalau tidak takut2 kita akan merasakan yg kehidupan ini sangat tertekan dan membebankan. Bukankah kata pepatah selalu menyebut yg kita takkan mampu mengubah persekitaran, tetapi kita hanya mampu mengubah pandangan kita dan cara kita berfikir serta menilai sesuatu. Pandangan yang kreatif mungkin boleh membantu kita supaya lebih mudah kita berlapang dada dan tidak mudah tunduk pada tekanan...insyaAllah.

Sekarang ni kreativiti di atas kertas diwarisi pula oleh anak2 saya... walaupun selalunya saya marah juga...aduhaiiiii anak2 kenapalah sangat bersepah bila mereka berkreatif....tapi akhirnya terpaksa belajar menelan saja bebelan kerana seboleh mungkin tidak mahu menyekat daya kreativiti dan imaginasi mereka....ohhh ini memang cabaran utk saya...bila terpaksa melihat pensil warna dan kertas yg bersepah2 dan playdoh yg mengotorkan lantai ruang tamu saya....



Tapi bukankah itu cara mereka belajar? bukan saja tentang melukis dan mewarna tetapi juga secara tak langsung belajar tentang kehidupan..



Nampaknya lepas ni saya kena selalu join anak2 saya melukis dan mewarna.... tengoklah betapa susah payah saya nak melukis walaupun sekadar rumput dan bunga...itupun sangat tak cantik, dan saya menyalahkan crayon tu sebab besar...heheheh...

Gambar2 kredit to mr google dan blog trainingandcoaching. Terima kasih kerana menjentik kreativiti kami :-)



Comments