Organised mom?

"Saya ada rumah yang teratur dan kemas....
Saya ada banyak masa untuk membaca kerana tidak perlu buang masa asyik mengemas dan mengemas...
Saya boleh duduk dgn tenang dalam suasana rumah yg sgt bersih dan kemas...
Saya sgt seronok berada di dapur; memasak, membuat kek dan pelbagai jenis desert kerana keadaan dapur saya yg sentiasa bersih dan teratur....
Saya sgt happy kerana anak2 saya pandai mengemas barang2 mereka setelah bermain...

Saya rasa sgt tenang sebagai seorg isteri dan ibu kerana keadaan rumah saya yg sentiasa teratur...
Saya sentiasa berpenampilan menarik dan cantik kerana ada byk masa untuk diri saya sendiri....."

Bertuah kan saya? .....wink


- Sekian saja saya bersiaran dari dalam mimpi yg tak berkesudahan - (hehehe.....kalaulah betul mcm ni, kan best)

opppsss....kejap

Tapi siapa kata apa yg saya mimpikan tadi mustahil utk di realisasikan? saya tak kata pun kan?

Saya selalu kagum dgn ibu2 yg mampu mengatur kerja2 rumah mereka dan anak2 mereka....mampu menjaga penampilan yg menarik, sgt cantik dan baik.....rajin memasak dan membuat pelbagai jenis kek dan kuih-muih....

mmmmm....saya sgt kagum :-)
dan teringin utk jadi seperti mereka....
cuma belum kesampaian hehehe....

tapi jgn putus asa ya...sentiasa mencuba dan terus mencuba
supaya hari esok akan jadi lebih baik dari semalam....

insyaAllah :-)



Comments