20 cara mencapai impian tahun 2022

Bayangkan kita dalam perlumbaan larian. Tiba-tiba tersadung dan terjatuh. Pelumba yang lain telah mula meninggalkan kita. Antara berusaha bangkit dan teruskan larian untuk menang atau mengaku kalah sahaja, yang mana lebih mudah?

Paling senang, mungkin mengaku kalah. Namun orang yang mempunyai matlamat akan terus bangun untuk habiskan larian ke garisan penamat walaupun dia tahu dia tak akan menang. Kerana dia tahu kegigihan semangatnya penting untuk perlumbaan akan datang.

Bayangkan sekiranya J.K Rowling mengalah selepas karyanya ditolak oleh beberapa penerbit bertahun-tahun, pasti tidak muncul karya sehebat Harry Potter. Mana mungkin kita dapat menikmati Starbucks sekiranya Howard Schultz mengalah selepas permohonan pembiayaan kewangannya ditolak oleh bank lebih daripada 200 kali. Bayangkan sekiranya Walt Disney mengalah selepas konsep taman temanya ditolak oleh lebih 300 pelabur.

Steve Jobs menghasilkan jenama ikonik Apple hanya di garaj rumah setelah dibuang kerja. Michael Jordan yang merupakan lagenda basketball juga pernah kalah beratus kali. Albert Einstein juga pernah mengatakan “Orang yang tidak pernah gagal tidak akan berjaya”.


Cuba kita lihat di antara perbezaan ciri-ciri orang yang menang dengan orang yang kalah:

  1. Orang yang kalah gagal sekali dan mengalah; Orang yang menang gagal berkali-kali tetapi tetap bangkit sehingga menang.
  2. Orang yang kalah mengejar kejayaan di hujung garisan; Orang yang menang menikmati kejayaan di sepanjang perlumbaan.
  3. Orang yang kalah bekerja untuk ganjaran; Orang yang menang berusaha untuk membuat perubahan.
  4. Orang yang kalah membeli material; Orang yang menang membina material.
  5. Orang yang kalah cepat putus asa mencari jawapan; Orang yang menang suka bertanya soalan untuk mencari jawapan.
  6. Orang yang kalah gemar bercakap; Orang yang menang berkomunikasi.
  7. Orang yang kalah mengharapkan hasil; Orang yang menang menyediakan diri untuk sebarang kemungkinan.
  8. Orang yang kalah hanya melihat masalah; Orang yang menang mencari penyelesaian.
  9. Orang yang kalah ingin lebih daripada orang lain; Orang yang menang membantu orang lain mendapat kebaikan.
  10. Orang yang kalah mengikut acuan kejayaan orang lain; Orang yang menang membuat acuan sendiri.
  11. Orang yang kalah hendak cepat menang besar; Orang yang menang menghargai sekecil-kecil kejayaan.
  12. Orang yang kalah lari dari kekecewaan; Orang yang menang mengatasi kekecewaan.
  13. Orang yang kalah hidup dalam masa silam; Orang yang menang belajar dari pengajaran masa silam.
  14. Orang yang kalah merasakan diri sendiri hebat; Orang yang menang sentiasa rasa masih banyak yang perlu dipelajari.
  15. Orang yang kalah sering berkata “Ini bukan salah saya”; Orang yang menang mengaku apabila melakukan kesilapan.
  16. Orang yang kalah tiada masa; Orang yang menang mencipta masa.
  17. Orang yang kalah cuba mencari kelemahan orang lain; Orang yang menang belajar daripada kelebihan orang lain.
  18. Orang yang kalah berkata “Hanya ini caranya”; Orang yang menang berkata “Pasti ada cara lain yang lebih baik”.
  19. Orang yang kalah sentiasa ada alasan; Orang yang menang sentiasa ada perancangan.
  20. Orang yang kalah rasa mustahil; Orang yang menang rasa boleh walaupun sukar.

Pilihan di tangan kita, sama ada ingin terlalu mudah mengalah atau melihat mimpi menjadi realiti. Kata orang mimpi itu percuma, jadi apa salahnya bermimpi. Mimpi diterjemahkan menjadi impian bila ada perancangan dan dan akhirnya tindakan. Untuk jadi pemenang, jadikan ciri-ciri orang yang menang sebagai inspirasi. Ingat! Hargai walau sekecil-kecil kemenangan.


“Berhati-hati dengan apa yang kita fikirnya, ianya menjadi kata-kata.

Berhati- hati dengan kata-kata, ianya akan menjadi tindakan.

Berhati-hati dengan tindakan, ianya akan menjadi kebiasaan.

Berhati-hati dengan kebiasaan, ianya akan menjadi sikap.

Berhati-hati dengan sikap, ianya akan menjadi takdir.”


Comments

  1. Kalau boleh biar semuanya menang menang

    ReplyDelete
  2. terbaikk.. semoga tahun baru nie semua yg baik2 milik kita

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk perngkongsian ni kak. Semoga yang terbaik tahun baru ni. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Betul sangat. Jangan sesekali menyerah kalah - give up!. Bila kita give up, sampai bila-bila pun kita tak kan dapat apa yang kita nak

    ReplyDelete

Post a Comment