Kanvas Hidup
Hidup ni macam kanvas.
Bila lukisan menjadi, cantik. Bila pelukis tiada idea, boleh saja jadi contengan.
Gambar yang dilukis mungkin pemandangan indah, penceritaan, mahupun lukisan abstrak yang pentafsirannya terserah pada si pelukis. Boleh jadi macam-macam.
Tafsiran pelukis dan orang yang melihat lukisan boleh saja berbeza.
Hidup begitulah.
Yang nampak bahagia mungkin sedang menahan sengsara derita.
Yang menangis mungkin kerana syukur dan bahagia.
Yang ketawa mungkin cuba melupakan duka lara.
Yang nampak tenang mungkin sedang menahan sabar dengan kerenah manusia.
Yang sedang marah mungkin itulah kemuncak dia menahan segala kejahatan orang kepadanya.
Yang diam mungkin kerana dia tak peduli ataupun dia sudah hilang daya.
Yang membantah mungkin kerana perlu melindungi orang lain.
Kadang-kala lelahnya hidup terzahir dan nampak di mata, kadang-kala terpaksa disimpan di lubuk hati paling dalam.
Bagaimanapun kita cuba memahami lukisan itu, realiti paling tepat hanya pada pelukisnya.
Penilaian manusia terbatas. Kerana kita sama-sama hamba Tuhan.
setuju. tak semudah itu nak menilai dan mentafsir seseorang.
ReplyDeleteBetul tu Ily...terima kasih sudi singgah
Deletekadang2 yang diconteng pun cantik dimata orang yang menghargai kan kak
ReplyDeleteBetul sangat tu Leyla :-)
Delete