RAGAM 2021

Seronok juga bila ada 2021 wrapped atau highlights ni ya. Boleh tengok gelagat sendiri sepanjang tahun 2021 hehe 😃

Saya mula belajar2 guna Grab masa PKP. Tapi tahun 2020 jarang sangat guna memandangkan husband saya WFH jadi dia selalu jadi chef di rumah. Alhamdulillah. Anak-anak pun PDPR di rumah. Jadi saya seorang yang keluar bekerja. Dengan kata lain, saya tak pernah merasa WFH huhu. The beauty of jadi staff KKM. Kenangan yang paling tak boleh lupa ialah jalan raya kosong dan lengang!

Bila masuk tahun 2021, husband dah start bekerja semula tapi anak-anak still lagi on off PDPR dan sekolah bersemuka, mula lah aktif guna Grab especially kalau memang tak sempat nak sediakan breakfast. Boleh order dari mana2 dan alert anak saya untuk tunggu di rumah. Masa kena duty di pusat kuarantin atau PPV memang membantu sangat. Especially bila terpaksa balik lambat, lepas maghrib sampai rumah. Hati senang mengenangkan makanan dah ada. Rabak poket hehe...tapi nak buat macam mana kalau terpaksa. Sekurang-kurangnya ada pilihan kan. Teringat satu insidens bila masing-masing tak sihat, tak larat nak masak, nasib baik ada grab.

Tengoklah apa yang saya kerap order tahun 2021. McDonald's tu biasanya untuk breakfast. Nasi lemak cinta sayang tu kalau weekend tiba2 teringin. Sedap nasi lemaknya, lembut dan berlemak. Sambalnya pun sedap dan banyak pilihan lauk seperti sambal paru, sotong kembang, daging masak hitam. Starbucks tu biasanya petang-petang sabtu atau ahad kalau ada permintaan kadang-kadang. Sejak pandemik ni kami malas nak makan luar. Better order kat Grab dan melepak-lepak kat rumah melayan drama Korea.



Ini tarikh birthday anak. Tengoklah tu apa yang dia teringin....hmmmm.. setahun sekali je ya huhu :p

Spotify 2021 wrapped pulak.




Saya memang suka layan OST drama Korea! Tak reti nak boring..teruk betulkan. Padahal bukan faham pun liriknya...hehe


Suka yang relax-relax.





Shopee pulak.
Sejak saya guna Shopee ni dan lupa dah Lazada...entah kenapa macam selesa pulak guna Shopee. Tapi shopping online ni mmg saya rasa best sebab barangnya lebih murah berbanding di kedai. Banyak pilihan dan ikut kita nak ambik masa berapa lama nak belek-belek dan fikir. Cuma tak dpt tengok barang depan mata, harapkan review pembeli sebelum shj. Tapi setakat ni alhamdulillah puas hati.




 Tunggu setahun lagi untuk ragam 2022 pulak ya :p

Comments

  1. Sejak covid melanda ni. Banyak benda buat secara online. Tahu tahu install aplikasi grab dan foodpanda tu. Betullah kak, sejak ada shopee jarang dah jengah lazada. huhu
    Selamat tahun baru 2022 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah macam dah selesa pulak dgn norma baru hehe :p

      Delete
  2. 'Padahal bukan faham pun liriknya', ok ni saya tergelak. kita geng.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... Kannn... Suka dgn melodi dan lagu.. Mcm tak serabut dan tenang pd pendapat saya :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts