nota iklan

Tuesday, 22 February 2011

Bagaimana hendak menjadikan MEMBACA satu kebiasaan atau habit?

“To acquire the habit of reading is to construct for yourself a refuge from almost all the miseries of life.” — W. Somerset Maugham
  • Tetapkan masa - walaupun hanya 5-10 minit setiap kali kita berkesempatan membaca. Contohnya, 10 minit semasa bersarapan, 10 minit selepas makan tengahari, 10 minit semasa minum petang dan 10 minit sebelum tidur. Sekurang-kurangnya kita telah memperuntukkan 40 minit dalam sehari untuk membaca bukan? Dan cuba untuk tambah lagi masa yg telah diperuntukkan dari hari ke hari.
  • Sentiasa bawa buku ke mana sahaja - saya sentiasa membawa buku di dalam beg walaupun kadang kala memang tidak berkesempatan untuk membaca di tempat2 tertentu tetapi sekurang2nya ia ada bila kita perlu. Dan saya mmg membaca semasa memandu tetapi pastikan hanya bila lampu isyarat merah ataupun mengalami kesesakan lalu lintas.
  • Buat senarai buku2 yg perlu dibaca - senarai saya mmg panjang, percayalah!
  • Cari tempat yg sesuai mengikut keadaan dan keselesaan - ada org perlukan tempat yg betul2 sunyi dan selesa. Bagi ibu seperti saya yg sentiasa perlu melayan kerenah anak2, saya akan cuba membaca walaupun semasa melayan mereka bermain. Saya perlu mencuri masa!
  • Kurangkan TV - ini mmg habit yg baik utk diamalkan terutamanya bagi kanak2. Kurangkan TV dan game!
  • Bacakan buku pada anak2 - read out loud sgt baik utk kanak2.
  • Buat log berkaitan tarikh buku mula dibaca, tarikh habis dan pendapat berkaitan buku tersebut - yg ini mmg saya belum ada kesempatan utk melakukannya.
  • Kongsikan apa yg anda baca di blog - harap saya terdaya melakukan yg ini!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...