nota iklan

Thursday, 2 January 2014

Berita Baik Bagi Penggemar Novel

Membaca memang bagus dan baik untuk otak. Itu bukan lagi rahsia. Umum memang sudah tahu tentang fakta itu. Yang membezakan cuma sama ada kita nak atau tak nak. Malas atau rajin. Terserah.

Bahan bacaan pula bukanlah terhad kepada buku2 ilmiah atau fiksyen sahaja kan. Ada bahan bacaan yang berunsur komik, buku2 fiksyen seperti novel dan cerpen yang mampu membangkitkan imaginasi, puisi2 dan sajak2 indah yang mampu membelai perasaan, cerita kanak2 yang banyak unsur2 teladan, blog2 dan e-book malahan buku masakan juga sudah punyai ramai peminat.

Terima kasih kepada Dr. Bern dan team penyelidikannya daripada Emory University, Atlanta. Beliau mahu memahami apakah sebenarnya yang berlaku semasa kita membaca novel dan kesannya kepada otak. 
Seramai 21 orang pelajar undergraduate terlibat dalam kajian ini di mana imbasan MRI otak mereka diambil semasa sedang berehat. Kemudian mereka diminta membaca novel thriller bertajuk "Pompeii" yang ditulis oleh Robert Harris setiap malam selama 9 hari. Imbasan MRI otak dibuat setiap pagi selama 9 hari itu diikuti dengan imbasan setiap hari selama 5 hari setelah mereka selesai membaca novel tersebut.

Imbasan tersebut menunjukkan connectivity yang memuncak pada otak terutamanya di bahagian otak yang terlibat dengan kefahaman bahasa dan bahagian yang dikaitkan dengan sensasi dan pergerakan. Keadaan ini berterusan walaupun selepas mereka selesai membaca novel tersebut. Ini menunjukkan kesan daripada pembacaan cerita dalam novel akan masih dirasai pembaca walaupun beberapa hari selepas tamat membacanya. 

Rasanya fenomena masih teringat2 dan termimpi2 kan watak dan penceritaan dalam novel memang tidak asing bagi pencinta2 novel. Betul kan?
Kalau tidak, masakan sekarang ini banyak novel2 popular yang diadaptasi menjadi drama TV kerana ingin memenuhi keinginan perasaan dan angan2 peminat2nya. Terdapat juga novel2 yang sebelumnya kurang dikenali akhirnya menjadi laku jualannya seperti goreng pisang panas selepas ditayangkan di televisyen.

Saya sendiri terjebak dengan fenomena terus tenggelam dalam alam novel dan cuba untuk tidak keluar ke dunia nyata bila menonton drama Kau Laksana Bulan tulisan Aina Emir dan drama Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea. Oh, sehingga sekarang pun saya boleh berada di awangan bila terbayang2kan Firas lakonan Zulhuzaimy. Sekarang saya sudah tahu bahagian otak saya yang mana sedang bekerja!

Begitu gigih saya mencari novel Sehangat Asmara ini di MPH selepas secara tak sengaja terjatuh cinta dengan dramanya. Mesti boleh bayangkan betapa banyak stok novel ini di kedai buku pada musim itu dengan peminat yang berebut2 membeli. Boleh bayangkan tak macamana agaknya saya yang sudah beranak dua ini dan dah masuk kategori makcik2 ke hulu ke hilir dengan buku cerita saya sambil menguruskan kerja2 seharian di rumah! Pastinya selepas ini saya ada alasan yang lebih kukuh untuk berbuat demikian.... ;)

Berbalik pada kajian tadi, Dr. Bern juga percaya yang keadaan ini akan memberi implikasi yang mendalam kepada kanak2 dalam pembentukan otak dan pemikiran mereka. Sangat bagus bila ibu bapa boleh memainkan peranan memberi galakan kepada anak2 supaya menjadi pembaca tegar ataupun ibu bapa sendiri menjentik kreativiti menjadi penglipur lara dalam sessi "read aloud" bersama anak2.

Jom kita rajin2 bacakan anak2 kita buku cerita lepas ni walaupun nanti mungkin mereka pun pelik apalah yang tak kena dengan ibu mereka ni :p


7 comments:

  1. Samalah kita Linda. Anak juga dua tetapi kembali meminati dunia novel. Barangkali kerana uji sudah berjinak dengan penulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Uji, ada bakat menulis...saya selalu kagum dgn org yg ada bakat menulis. Semoga Uji sukses selalu ya ;)

      Delete
    2. Insya-Allah. Terima kasih Linda.

      Delete
  2. Maaf lambat jenguk semula, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni ! Dah follow juga yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Kesuma...terima kasih kerana sudi singgah dan follow....saya doakan kesihatan Kesuma ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Sama2 ;) terima kasih sudi singgah sini..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...