Perbelanjaan di Luar Sedar?
Tak berani rasanya nak cerita pasal duit dan belanja sekarang memandangkan isu ini agak sensitif kebelakangan ini apabila kebanyakan harga barang2, harga tol, harga rumah, harga van sekolah, harga makanan dan pendek kata semua harga barang-barang keperluan harian dan keperluan hidup terus naik tanpa segan silu. Yang malu nak naik rasanya cuma gaji dan pendapatan bulanan sahaja. Terutama sekali untuk orang yang kerja makan gaji macam saya. Kalau orang2 yang berniaga atau bergelar usahawan, saya tidak pasti. Tetapi setakat rakan taulan dan saudara-mara yang terlibat dengan business sendiri, masih nampak ligat pendapatan mereka. Memang tak dapat dinafikan 9 per 10 daripada sumber rezeki memang daripada berniaga kan? Cuma entahlah, saya hanya mampu memberi alasan;....tak pandai berniaga
Entry kali ni cuma sekadar nak berkongsi hasil cerita-cerita dan pendapat orang-orang sekeliling sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
Rupanya dalam kita rasa kita dah cukup berjimat-cermat, ada juga perbelanjaan2 tersembunyi yang kita tak perasan? Betul ke? Cuba selidik-selidik...
Minum kopi - oh apakah ini? Kopi memang favourite saya. Mungkin sampai bila2 pun...peminat tegar kopi nampaknya. Tapi cukuplah minum kopi/ nescafee panas/ nescafee ais di kedai mamak sahaja. Tak perlulah cuba-cuba nak minum kopi di kedai2 kopi mewah seperti Starbuck kot. Cubalah skodeng harga2 makanan dan minuman di Starbuck, mau terus jadi tak ikhlas jek nak minum kopi kat situ. Yang paling aman dan damai, pastilah bila dapat menghabiskan secawan kopi atau nescafee panas yang dibancuh sendiri di rumah sambil menonton tv. Confirm lebih mendamaikan jiwa sebab tekak sedap dan duit selamat. Apa kata?
Makan di luar - Rasanya tak perlu nak elaborate lebih2 pun semua dah tahu makan di luar memanggg mahal tahap gaban mungkin. Kalau keluarga kecil macam saya yg ada ibu ayah, anak berumur 10 tahun yang perutnya tak berapa nak besar dan anak berumur 4 tahun yang mulut kecik tak mampu nak makan banyak2 pun, kos makan di luar boleh mencecah RM 100-150 bergantung kepada kedai. Kalau makan di kedai biasa2 yang makan biasanya sampai berpeluh sebab takde air-cond dan kipas pun tak berapa nak hidup pun boleh mencecah dalam lingkungan harga RM50-60. Kalau kita makan di rumah, cukuplah satu jenis lauk sayur, satu jenis lauk berkuah ataupun pedas dan mungkin ikan/ ayam goreng/ telur dadar, kenyangnya pun dan boleh buat mata nak tertutup lepas makan. Rasanya lagi selesa sebab tak perlu nak berpakaian cantik2 sakan hanya untuk mengisi perut kan? Saya tahu teorinya memang mudah tapi saya sendiri pun kadang2 kala tersasar bab2 masak sendiri di rumah ni terutamanya bila terpaksa kerja out-station yang pukul 7 baru nak sampai rumah. Ataupun bila badan dah letih ataupun tak sihat, rasanya nak berdiri pun tak larat, inikan pula nak masak. Takpelah, kita cuba2 setakat yang termampu ye bab ni. Semoga dipermudahkan, insyaallah.
Bil Utiliti - "Ni kenapa tak tutup suis lampu kat bilik ni, kenapa kipas tak tutup ni, kenapa komputer tak reti nak shut down ni kalau tak guna, kenapa bukak lampu semua bilik ni padahal nak pegi satu bilik je pun (ni kes anak penakut huhu). Bil elektrik mahal tau, sapa nak bayar ni?" mmmm pernah buat dialog macam ni tak? ataupun biasa dengar ke dialog macam ni? Inilah dialog saya hampir setiap hari untuk anak lelaki kesayangan saya. Aduhai, walaupun letih cakap berulang2 benda yg sama tapi saya teruskan jugak terutama bila terbayangkan bil elektrik yang macam tak masuk akal tu. Sapa boleh tahan kan kalau siang hari takde siapa pun kat rumah, tapi bil elektrik mencecah RM250 sebulan. Buntu saya dibuatnya. Saya pernah menelefon TNB utk semak meter TNB saya sambil buat ayat2 sedih "Encik, saya stress bil elektrik saya tinggi sgt ni, encik nak saya duduk rumah pasang lilin je ke?"huhu...diam je lah peg TNB tu tak kuasa nak layan customer mcm saya.
Pakaian - bab pakaian ni bergantung pada individu jugak. Kalau mmg jenis yg suka beli baju, mmg akan beli jugak, especially yg tuan badannya mmg comel lote dan cantik menawan. Kalau yg jenis tak berapa bab2 baju ni secara automatik mmg akan kuranglah beli. Tapi confirm dia akan fokus beli benda lain pulak kot. Kalau bab penimbang berat yg rosak lalu jarummya menunjukkan peningkatan tu pun satu hal. Masa ni lah keinginan nak beli banyak2 baju baru yg muat dgn saiz badan yg baru begitu meluap2. Betul tak?
Pendidikan anak2 - tak dapat tidak, kita mmg tak boleh lari bab ni especially yg duduk di bandar2 besar sebab yuran taskanya mmg tinggi. Lagipun bukan senang nak jumpa tadika2 yg tak berapa mahal macam tadika Pasti ke etc. Bercakap pasal yuran sekolah ni, kepedihannya makin terasa bila tiba akhir tahun kerana paling kurang pun kena bayar RM2000++++ untuk annual fees. Setakat dapat bonus ciput tu mmg hilang sekelip mata je lah.
Personal care - oh, yang ni bukan isu biasa2 di mana kita boleh guna shampoo/ sabun/ ubat gigi tahan sebulan dua. Yang ni isu luar biasa bilamana shampoo/ sabun yg baru dibeli tinggal setengah botol sebab kanak2 riang gembira buat bubble dalam toilet, ubat gigi rasa buah sampai dorang rasa sgt best gosok gigi berkali2, bedak ditabur merata2. Pendek kata, keseronokan bermain toiletries tu mengatasi keseronokan bermain mainan sebenar...
Mungkin banyak lagi perbelanjaan luar sedar kita yang membantu menyusutkan duit2 dalam poket dan bank. Tapi bagi saya ianya subjektif, bergantung kepada cara hidup dan focus sesebuah keluarga. Lain keluarga tentu lain ragamnya.
Semoga Allah permudahkan bagi kita semua menghadapi gelombang2 kegetiran (dan kecelaruan?) keperluan hidup masa kini....insyaallah
kos sara hidup tinggi sekarang. harga barang naik 2-3 kali ganda, senang kenaikan gaji hanya sedikit. Tak sampai satu kali ganda je.
ReplyDeleteyang penting kite nak kena pandai la berjimat.
walaupun susah, terpaksa hadap benda ni
Betul tu Cik Hani...terpaksa juga kita hadap walaupun perit kan...
DeleteMahalnya bil letrik rumah Linda...
ReplyDeleteBetul tu Ujie, tension tau. Padahal rumah kawan yg ada maid pun ada org sepanjang hari kt rumah, bil letrik dlm RM 180 je...pelik kan? Aircond 2 bilik guna mlm je. Termos letrik mmg x guna. Suruh TNB check meter x dtg2 pun, pastu dorang ada bgtau ada jugak rumah tukar meter baru, bil letrik makin tinggi...ish pening ;(
DeleteMemang pelik. Alhamdulillah rumah uji tak pernah kena banyak tu. Uji rasa ada baiknya juga tukar meter...
ReplyDeleteKan Uji kannn.. tulah nak suruh gak dorang check...serius dah membazir byk dah tu bayar bik letrik x munasabah ;(
Delete