Fokus lebih kepada cermin depan
Salam sayang semua ;)
Banyak juga hal2 yang tak berapa best berlaku semalam.
Mesyuarat di ofis sehari suntuk dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg.
Tengahari dapat call dari mak....mak tak dpt datang ke rumah saya spt yg dia rancang sebab terpaksa menjaga anak2 saudara saya yg demam. Kecewa lagi anak saya nak berjumpa dengan neneknya. Bukan senang nak jumpa memandangkan mak saya masih lagi bekerja dan mmg agak susah bercuti.
Kemudian husband call. Menyampaikan berita yg jauh lebih buruk. Sehingga melibatkan peguam dan mahkamah. Dia teraniaya tetapi utk fight bukan mudah memikirkan kos guaman yang tinggi. Memang hidup tak selalunya adil. Orang yang kaya dan berkuasa senang2 saja nak menindas org2 biasa macam kami ni. Sedangkan orang yang mencuri kerana lapar pun dijatuhkan hukuman, inikan pula kes dianiaya majikan yang kaya dan berkuasa. Semoga kami dapat mengharunginya dengan tabah. Ya Allah, permudahkanlah.
Habis mesyuarat cepat2 balik sebab dah terlambat setengah jam dr biasa. Mesti anak saya tak keruan menunggu di sekolah. Masuk kereta tiba2 ternampak beg kertas berisi kertas lukisan dan pensil warna yang sepatutnya anak saya bawak ke sekolah pagi tadi di tempat duduk belakang. Ya Allah, kesiannya anak saya. Kenapalah saya tak perasan langsung pagi tadi. Kalau saya perasan, boleh je saya patah balik ke sekolah. Aduhaii kesiannya anak saya....cepat2 saya drive ke sekolah. Dia dah menunggu saya di tepi jalan.
"Man, kenapa Man tak call ibu pagi tadi guna telefon pejabat sekolah? Kesiannya Man, macamana Man buat lukisan tadi?" "Man perasan pagi tadi masa masuk pintu pagar tapi toleh je tengok ibu dah takde." "Man tunggu ibu datang hantar, mesti ibu datang balik kan kalau ibu perasan tertinggal, tapi takde pun ibu dtg. Man pinjam telefon ustaz, suruh call ibu dua kali tapi masuk mesej, ibu tutup telefon ke?"" Eh, tak mungkin...ibu tak pernah tutup telefon. Oh mesti masa tu ibu kat parking ataupun dalam lift...kesiannya Man. Habis tu cikgu marah tak? Macamana Man buat lukisan?" "Man mintak satu kertas lukisan kawan. Man takut cikgu marah tapi bagitau cikgu tertinggal dalam kereta. Cikgu cakap takpelah, nak buat macamana." "Tulah, lain kali ingat betul2 yek Man kalau kena bawak apa2 ke sekolah..."
Begitulah dialog anak dan ibu petang semalam.
Malam semalam berbincang macam2 dengan husband tentang masalah yang baru melanda. Kadang2 hidup ni, walaupun kita tak kacau orang, orang pulak kacau kita....kan.
Tapi nak fikir banyak sangat ke belakang pun tak guna. Cerita2 lepas dah berlalu pun, kalau boleh patah balik, memang mudah.
(gambar2 googled)
Terimalah semuanya dengan berlapang dada. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Seperti memandu kereta.
Fokus lebih kepada cermin depan. Sebab itu cermin depan yang besar tu kita tengok secara direct berbanding cermin belakang yang kita jeling2 saja dari cermin kecil di depan.
Semalam dah berlalu. Ambil pengajaran daripadanya. Esok belum pasti. Usaha yang terbaik hari ini.
berat bunyi nya... sabar lah, mengadu pada Allah, istikharah minta Allah tunjukkan jalan camne nak setelkan problem....yg penting jgn berdendam sbb semua aturan Allah...
ReplyDeleteBetul tu Msred....hanya kpd Allah tempat menyerah...semoga dipermudahkan..insyaallah....amin...terima kasih Msred ;)
DeleteBetul tu Linda. Lebih baik fokus perkara di depan dari memikirkan hal di belakang.
ReplyDeleteKan Uji...pandang ke depan dan teruskan perjalanan...terima kasih Uji ;)
DeleteSalam jumaat dansalam kenal..sya folo blog nota ibu..jika sdi,snggh k blog sya ya :)
ReplyDeleteTerima kasih Sya sbb sudi singgah dah follow....mesti saya sudi Sya..;) salam kenal ya..
Deletekekdg itule harga ibu bekerjaya...anakpn baik je, alhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih Lala....byk jugak cabarannya..esp anak sulung tu...susah betul nak suruh fokus belajar hehe
DeleteBetul tu... yang dah lepas biarkanlah berlalu... Fokus ke depan... pasti yang lebih baik menunggu didepan sana. InsyaAllah!
ReplyDeleteInsyaAllah...kan Sweetie kan...jgn pandang belakang hihi ;)
Delete