nota iklan

Tuesday, 7 January 2014

Berita gembira DiGizens!

Pertama kali saya lihat tulisan tu, hati seakan berteriak!
Saya lah salah sorangnya..
Tapi kenapa ya? Ada apa2 yang penting ke sebab sebahagian statement tu berbunyi begini....


Pasti ada sesuatu yang hebat sedang menanti DiGizens ;))

Diam tak diam sudah hampir 5 tahun saya bergelar DiGizens iaitu sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang.
Sejak menjadi admirer DiGi, saya tak pernah rasa nak bertukar2 angin ke apa sebab sepanjang pengalaman menggunakan perkhidmatan telekomunikasi, DiGi tak pernah menyusahkan hidup saya.

Sebagaimana orang2 yang bermakna dalam hidup saya...
Yang sentiasa memberi harapan dan inspirasi tanpa jemu. Tidak bersyarat; dalam apa jua keadaan.

Begitulah DiGi. Sentiasa memberi harapan dan inspirasi tanpa jemu.

Situasi 1 : Salah satu hobi anak lelaki saya semasa berumur 6 tahun ialah bergayut di telefon dengan neneknya di kampung! Terkejut saya dengan bil telefon yang melonjak tinggi. Terpaksa saya control penggunaan telefon tapi mana mungkin bila si cucu sangat suka berbual dengan neneknya.
Apakah agaknya solution yang saya ada?
DiGi ada perkhidmatan suplementary line di mana caj yang dikenakan adalah PERCUMA jika kita buat panggilan di antara main line dan suplementary line.
Terima kasih DiGi kerana memberi saya harapan!

Situasi 2 : Saya sering kena bekerja di luar pejabat tetapi masa yang sama saya tidak boleh terlepas e-mail2 yang penting. Ada line internet di telefon? Oh tidak mungkin, saya tidak pernah terfikirkan itu kerana biasanya caj2 data plan memang mahal boleh mencecah sehingga RM200 sebulan.
Apakah agaknya solution yang saya ada?
DiGi menawarkan perkhidmatan internet yang mampu milik! Serendah RM58 sebulan. Saya memang tidak teragak2 untuk memiliki data plan dengan harga serendah itu. Masalah coverage? Oh tidak. Suami saya menggunakan data plan dari syarikat telekomunikasi yang lain. Bila balik ke kampung suami  coverage saya lancar, coverage dia tersekat2...hehe ;)
Terima kasih DiGi kerana memberi saya harapan!

Situasi 3 : Birthday suamiSuami saya nakkan hadiah handphone! Aduhaiii budget lari lah kalau macam ni. Tapi takpelah, demi suami, sekali sekala apa salahnya kannn...;)
Dari satu booth ke satu booth telefon kami pergi untuk mencari handphone seperti yang diidamkan. Akhirnya ke kedai DiGi juga kali beli.
Kerana apa? Kerana servisnya yang mesra ditambah dengan offer2 menarik yang ditawarkan memandangkan kami adalah pelanggan regular mereka. Bayangkan, saya pernah terserempak dengan salah seorang daripada mereka di shopping complex yang lain.
Dia menegur saya "Macamana telefon? Ok?"
Semestinya ok!
Terima kasih DiGi kerana memberi saya harapan!

Mak saya adalah orang pertama yang sering memberikan saya harapan dan inspirasi tanpa jemu. Saya bersyukur dikurniakan mak yang tabah dalam membesarkan kami.
Semasa saya berjumpa dengan ibu saya beberapa bulan lepas, telefonnya sudah tidak berapa elok.
Keypadnya sudah ada yang tercabut2. Baterinya sering sahaja habis walaupun baru dicaj. Pernah saya berjanji untuk mengambil mak saya di satu tempat di Putrajaya, namun keadaan menjadi kelam kabut kerana bateri telefon mak habis tiba2 dan saya tidak dapat memastikan kedudukan mak sehinggalah mak terjumpa telefon awam. Kesian mak saya.

" Takpelah mak, jom kita pergi beli handphone baru. Mak nak telefon macamana? Besar sikitlah dari sekarang nak? Smartphone pun bagus, nanti masukkan internet plan. Ada banyak game jugak (Jangan terkejut tau, mak saya suka main game. Sebab itu mak boleh kamcing dengan anak lelaki saya. Kalau dorang jumpa memang dorang akan main game di telefon bersama2. Aduhaiii lahh...lawak kan....hehe).

" Jom kita pergi kedai DiGi tengok2 kalau ada sale smartphone atau tablet.
Mesti ada sale ni. Year end sale."
Semasa itu kami sudah ada di depan kedai DiGi.
Tapi mak saya tak nak membelinya sebab mak kata mak belum perlukan lagi.
Mak kata mak nak Samsung Galaxy S4. Mak teringin. Tapi mak kata nanti lah dulu memandangkan masa tu pertengahan bulan. Mak risau budget saya lari...hehe. Mak berdegil untuk tidak membelinya walaupun saya memujuknya berkali2.
Itulah mak saya. Dia memang tidak suka menyusahkan saya mahupun meminta apa2 hadiah yang mahal2.

Mmm...saya terpaksa akur dengan kehendak mak saat itu.

Sehinggalah DiGi memberi saya harapan baru.
HARAPAN INI





 





Mak pasti gembira kalau saya dapat hadiahkan mak salah satu daripada smartphones yang ditawarkan ini.
Kali ini saya boleh bagitau mak begini "Mak, tengok ni, ini hadiah percuma daripada DiGi untuk mak. Mak jangan risau lagi memikirkan harganya ya. Yang penting kita dapat tukarkan telefon mak yang dah rosak tu".

Saya harap saya mampu membawa sebuah HARAPAN daripada DiGi ini kepada Mak yang sering memberikan saya harapan dan inspirasi dalam hidup saya.
Sebagaimana DiGi yang sentiasa memberi harapan kepada saya dalam telekomunikasi.
Semoga kita sama-sama sukses!



10 comments:

  1. Wah bestnya...dapat free lagi tu...hihi...bayar line je kan....
    cik akak pun nak gak satu..hahaha...

    nuffnang cik akak tu...
    alhamdulillah....berkat rakan blogger yang klik gak dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smartphones yg DiGi offer tu best2 kan! Jomlah grab satu ;)

      Delete
  2. Macam best je. Nokia ada tak? Sy macam nak buat je. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nokia takde rasanya...untuk contest DiGi dgn Nuffnang ni pun hadiahnya Samsung dgn HTC klu x silap. Buat lah entry..last malam ni tau.

      Delete
  3. Uji pun suka Digi tapi untuk internet sajalah. Memang laju. Nombor tak naklah tukar coz dah lama guna celcom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh....tapi sekrg ni klu tukar line pun nombor maintain je no lama kan...mcm linda no maxis tp line digi hehe...

      Delete
  4. selamat berjaya dan salam kenal .. dah follow awak '
    nanti awak follow kita plak '-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nay sudi singgah...salam kenal ya ;)

      Delete
  5. Saya pun suka digi..digi buddyz..free call..hehe..
    saya follow puan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Shahida sudi singgah dan follow. DiGi best kan!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...