nota iklan

Tuesday, 28 January 2014

Cuba cernakan info ni kejap

The Science of Happiness 
(masa subjek sains kat sekolah dulu, takde pulak cikgu sains saya ajar ni hihi...)

Kebahagiaan dan kegembiraan mmg membawa maksud yang berbeza-beza bagi setiap orang. Betul kan?
Tetapi secara biologi dan psikologinya, terdapat kajian dilakukan untuk mengenalpasti faktor2 yang boleh menyumbang kepada rasa gembira itu sendiri walaupun secara general. Kita kan sama spesies...spesies manusia...kan kann...

Tahu tak negara manakah yang tahap kegembiraan penduduk2nya adalah tinggi berbanding negara2 lain?
Ada 5 negara iaitu Denmark, Norway, Switzerland, Netherlands dan Sweden.

Malaysia ranking ke 56 dari keseluruhan 156 negara.

 

Jom kita cuba cernakan info2 dalam Infographic ni kejap.
The Science of Happiness


Nota:
1) Bahagian otak yang bertanggungjawab untuk rasa gembira dan memories namanya Hippocampus (bayangkan sebuah campus yg penuh dgn hippopotamus aka badak sumbu haha)

2) Serotonin iaitu hormon yang membantu dlm mood, learning etc tu biasanya terdapat dlm Turkey (mmmm...tak makan lah turkey bagai tu, so ganti lah dgn makanan lain yg seangkatan dengannya, janji hormon balance dlm badan, ye tak?)

3) 20 minit dlm cuaca yg baik boleh meningkatkan mood positif, improve daya ingatan dan pemikiran (haaa ambik...mungkin definisi good weather tu bergantung pada individu lah kot. Contohnya, macam budak2 yg suka main hujan, hari hujan mesti tahap kegembiraannya tinggi. Utk mak2 budak yg risau anaknya demam, mesti tahap kegembiraannya menurun....hehe)

4) Hehe...orang yang berkahwin tahap kegembiraan meningkat 10% berbanding orang yg belum berkahwin (kalau husband yg kahwin lebih sorang tu tahap kegembiraan mestilah lebih 10% kan...oppss haha)

5) Happiest occupation pun ada - clergyman (1st time dengar pasal ni, if tgk definition, someone yg kerja related to church), actor (mmm patut budak2 sekrg ramai nak jadi pelakon?), architect (sbb happy dpt reka bangunan mcm2 kot) dan firefighter (mmm...kenapa agaknya? bukan mencabar jugak ke kerjanya? mungkin happy sebab dapat tolong ramai org kan...) 

6) Penting ni : consumerism is the BIGGEST suppressant of happiness. Barang mahal, x happy...barang murah, happy...patutlah masa sale tu, tengok muka sorang2  membeli-belah...huhu mmg terlebih hormon serotonin jek gayanya ;)

7) Bahagian happiest people tu ada beza sikit dengan World Happiness Report 2013 tu, mungkin juga berubah2 statistik tu mengikut tahun/survey. 

8) Happiness maksimum pada suhu 13.9 degree celcius? Ishh...ish...patutlah orang M'sia tak berapa nak happy sebab suhu tak pernah turun mencecah 13.9 degree kot. Tapi klu sejuk2 pun tak happy lerr....still yg ni bergantung kepada individu jugak.

9) Orang yg sihat definitely lebih happy...tapi tak payah nak bermuscle bagai pun macam dalam gambar tu, still happy kann hihi

10) Ada anak mengurangkan kegembiraan sebanyak 0.24% on average? mmm...ye ke? bergantung kepada keadaan keluarga lah ni kann...sgt subjektif

11) Exercise...exercise...exercise akan meningkatkan hormon yg menyebabkan kita happy. So, tunggu apa lagi, rajin2lah exercise (jgn jadi mcm saya yg hangat2 tahi ayam jekk...)

12) Banyak2kan makan ayam, ikan, susu dan pisang yek sebab boleh tingkatkan hormon endorphine yg bagus utk otak dan emosi.

13) TIDUR. Kajian menunjukkan org yg kurang tidur akan lebih mengingati ayat2 negatif (81% yg dia ingat ialah negatif) dan agak sukar utk mengingati ayat2 positif (31%). 

14) Kanak2 paling happy : di Mexico, Spain, Brazil, Germany dan America. Faktor paling penting menyumbang kepada kegembiraan kanak2 ni ialah kerana adanya keluarga dan kawan2 rapat. So parents jangan busy sangat dgn kerja. Luangkan masa utk anak2 juga ya.

15) Faktor terbesar yg menyumbang kepada kegembiraan di seluruh dunia ialah i) community/ masyarakat sekeliling ii) frequent celebration/ perayaan (tapi teruskanlah konsep bersederhana ya, takut2 nanti kegembiraan bertukar duka bila poket dah kosong...huhu)

16) Dari segi keagamaan; makin kerap terlibat dengan aktiviti keagamaan, makin happy.

17) Pendapatan juga memainkan peranan penting. Golongan yg berpendapatan tinggi, tahap kegembiraan mereka adalah lebih 3.5% daripada average.

18) Holiday blues juga memainkan peranan? Perempuan mengalami holiday blues lebih tinggi daripada lelaki rupanya. Tapi kenapa, saya pun kurang pasti.

Semoga info ini bermanfaat ya. Salam sayang ;)
Berblogging juga buat saya happy!

16 comments:

  1. nampaknya kena ubah pepatah-hujan emas ditempat org,hujan batu ditempat sendiri..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal...kan Kamsiah.hehe ;)

      Delete
  2. hehehe byk info menarik nk dicerna ni ! tq berkongsi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita sama2 cerna Kesuma supaya happy...hihi ;)

      Delete
  3. Patut laaa rakyat Malaysia tak happy ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal Ida....makin stress ada ler huhu :(

      Delete
  4. Ada anak tu saya bangkang kak... Hehe... Suke2 hati nak bangkang... Tapi saya merasakan hidup saya lebih bahagia lepas ada anak... Dulu selalu je hati ni rasa kosong, kosong, kosong ~ Eh ternyanyi lak... Tapi now rs happier... walaupun kadang2 memang dorg blh menaikkan darah kite, tp dorg jugak la penawar ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuWafee...mmg patut dibangkang pun yg tu hihi...anak2lah penawar kita kan ;)

      Delete
  5. Nampaknya kena cernakan info ni semua bagi menambah tahap kegembiraan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...Uji, jom kita cerna sama2 ;)

      Delete
  6. Banyak juga info berguna yang boleh didapati dari entri ni. Macam tak percaya the happiest country in SE Asia adalah Singapore. Apalah yang dia orang happykan sangat ye? Lain-lain fakta tu macam seronok aje baca, terasa pulak memang ada kebenarannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....tulah pasal mummy, nak dpt landed house pun susah kt singapore kot kan. Ke sbb dorang ada disneyland...tu yg happy hihi :)

      Delete
  7. byk faktor yg buat kita hepi nih.. malaysia raking ke-6.. ok bah tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Deqla...tapi M'sia ranking ke 56 dear..jauh lagi tu nak jadi happiest country...hihi ;)

      Delete
  8. Nice info, thanks for sharing... Yg pasal ada anak tu, x setuju... bertambah anak, bertambah happy family... biarpun ada ketikanya huru hara satu rumah, tapi xpe... jiwa x kosong dengan kehadiran anak2... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nurul, ada anak mestilah makin happy kann ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...