nota iklan

Thursday, 30 January 2014

Manusia vs mesin

Dialog di antara saya dengan pegawai Unifi dalam usaha menyambungkan semula talian Unifi yg telah disekat sebab ada bil tertunggak hehe.

Sebelum saya call tu mmg rasa geram jugak sebab baru tertunggak sebulan je pun, itu pun nak sekat. Saya pernah tertunggak dua bulan (hehe ni kes tak sedar diri nak bayar bil lah ni...), tapi ada pegawai yg call saya untuk buat bayaran secepat mungkin supaya talian tak disekat. Tapi kali ni? pergghh...geram lah jugak rasanya...

ok, sebelum call TM, buat pembayaran dulu melalui Maybank2u...haruslah kan? kalau tak bayar, sure takleh sambung balik talian..

"....(kata2 aluan oleh mesin...mcm biasa tu)..."
"Ya cik, boleh saya bantu"
"Saya nak buat semakan akaun. Akaun saya suspended kan. Saya dah buat pembayaran tadi melalui Maybank2u"
"Pukul brp ya cik buat bayaran?"
"Baru je, dalam 5 ke 10 minit sebelum saya buat panggilan ni"
"Sebelum tu, saya nak buat semakan sikit. Boleh beri saya no telefon unifi?"
"ok...03-51xx xxxx"
"ok, di atas nama cik xxxxxxx" (dia asyik panggil saya cik je..takpelah pasrah je lah kan)
"ya betul"
"no handphone cik 01x xxx xxxx?"
"ya betul"
"boleh beri saya no reference pembayaran tadi?"
"ok, reference numbernya xxxxxxx"
"brp ya cik buat bayaran tadi?"
"RM 150"
"ok, akaun ini akan diaktifkan semula dalam masa 24 jam. Selain itu, cik akan dikenakan bayaran RM10 untuk pengaktifan semula talian"
"ok" (lerr..ada jugak kena bayar utk sambung semula, ni yg tak best ni..)
"bil bulan Feb nanti sila buat bayaran sebelum tarikh ditetapkan ya sebab saya takut nanti jadi semula macam ni" (rajin pulak dia ingatkan saya hehe)
"tulah, biasanya akan ada reminder kan (hehe...ni sah selalu tak on time bayar bil unifi lah ni!)"
"tulah cik, ni nasib baik cik ckp baik2 tak marah2 sebab ramai dah customer call marah2. Sebenarnya sistem yg akan automatik suspend akaun ni bila bayaran tak diterima. Kami pun tak tahu....dah banyak kali saya kena marah dengan customer ni..."
"ohhhhh...patutlah...saya pun pelik sebab ada tunggakan sebulan je pun...tetiba dah kena potong. Ni sebab mesin yg buat lahhh ni kann...kalau manusia yg buat mesti ada reminder kann" (eerrkkkk....boleh pulak saya ckp cenggitu kt pegawai unifi tu...haha)
"aaahh...betullah tu cik" (dalam hati dia mesti dia kata, ada gak manusia cenggini. Nasib baik ada smart system, kalau tak jenuh lerrr asik keje nak call utk bagi reminder kt customer cenggini)
"oklah klu mcm tu, saya akan try bayar sebelum due date nanti utk bil bulan depan...terima kasih ya" (dalam hati mcm lega sikit...sebab tadi geram jugak bila fikir cepat sgt dorang ni nak suspend akaun org...kang terminate unifi kang baru tau. Tapi bila dgr mesin yg buat, so sejuk sikit hati....hihi. Tulahh, biasa sgt tangguh2 bayar bil, tak elok tau.

Sapa2 yg ada bil Unifi tertunggak tu cepat2lah bayar yek sebab dorang dah buat sistem baru ni. Lambat jek sikit mesin suspend akaun, dah tak boleh masuk internet, tak dpt call dan tgk hypptv.
Bagus jugak lah ada sistem mcm ni...esp untuk customer mcm saya ni yg asik lupa nak bayar bil on time. Macam2 bil lah nak bayar kt M'sia ni...mahal2 pulak tu...huhu...cehhh buat alasan lah pulak.
Tak nak bayar, jangan guna! hahaha....senang jek kan sekarang...

Tapi xde internet mcm mana nak update blog? erkkk...kannn

Itu jek pun nak cerita. Selamat bercuti ya ;)

14 comments:

  1. Hehe... Memang... Mesin mana ada bertimbang rasa kan kak... Manusia ni, nak suspend pun, pk 10 kali... Dia pun paham macam mana xde internet kt rumah.... Hehe

    Selamat bercuti kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasal...kan Wafee...selamat bercuti ya ;)

      Delete
  2. Patuynya diorg buat syst utk hantar email reminder setiap bulan secara otomatik, sbl otomatik potong org punya line... Sbb sy pon selalu lupa nak bayar bill...hheeew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lah kann Msred....tak smart lagi sistem dia ni...saje jek nak charge rm10 tu kan..mesti dah untung byk dari caj tu je kan..ish ish

      Delete
  3. salam...ayu blogwalking sini... ada masa nanti sudi2kan lah join segmen ayu ye...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/01/segmen-blogwalking-cny-bersama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah Ayu, terima kasih sudi singgah ya ;)

      Delete
  4. nasib P1Max x guna mesin suspend akaun huhuhuhu... tp bisnes sambung balik RM10 tu memang best kan? dah suspen akaun org mintak RM10 plak adey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal..taktik lah tu nak dpt untung byk lagi...hihi

      Delete
  5. Hah! Sy pn mcm tu..asyik lmbt byr bill hehe

    ReplyDelete
  6. Saya punya kes lagi haru. Saya dah bayar melalui Maybank2u 2,3 hari sebelum tu tetiba ada satu perempuan called. Saya pun hati panas gak ni...lambat bayar dikacau, cepat bayar pun dikacau. Kalau tertunggak memang kena kacau selalulah kan :) Saya pun meninggi suara sikit sebab marah apahal dah bayar siap nak remind2 pulak nih...tetiba perempuan tu jawab, "Kalau puan dah bayar, takkanlah saya call!" dan terus dia hempas telefon. Ewah, melampaunya CS punya etika. Saya called balik dah trace nama perempuan ni. Bila dah dapat saya pun hantar love letter. Saya memang suka bab-bab menghantar love letter nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh melampau betul yek CS tu...mmg x sesuai langsung duk kt CS...pastu dorang ambik tindakan tak love letter mummy tu? Mmmg patut bg love letter klu mcm tu...kan Mummy

      Delete
    2. Ada dapat apology letter tapi macam biasalah still nak tegakkan benang basah. Katanya kalau payment melalui Maybank2u ambil masa sikit bukan on the spot terus masuk. Tapi saya ni jenis tak percaya, setiap kali buat Maybank2u saya akan call. Bila saya call katanya tak perlu risau the next day masuk ataupun mereka akan update payment saya on the spot. Saya pun tak tahu mana betul, mana silap. Yang sebenar-sebenarnya, payment saya tiga bulan sebelum itu (melalui Maybank2u) tak masuk dalam akaun. Of course bukan salah sayalah, kan...sebab selepas buat payment memang saya call dan mereka update.

      Delete
    3. Serius mmg bukan salah Mummy lah kan sbb dah call dorang. Lagipun takkanlah payment utk 3 bulan tak masuk dlm sistem dorang, buat naya je customer jek. Tapi mmg tak patut betullah CS tu hempas telefon, mmg melampau kan Mummy..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...