Buku Mudahnya Mengemas Rumah
Setelah sekian lama menjadi pembaca setia blog www.mengemasrumah.blogspot.com sejak tahun 2010, akhirnya saya telah mendapatkan buku ini!
Tahniah pn Dahlia kerana telah berjaya menulis buku yg amat bermanfaat ini....
Semasa pertama kali saya membaca hasil tulisan dahlia di blognya, kisah2 yg diceritakan amat sinonim dengan pengalaman saya sendiri di mana ibu saya juga seorang yg amat cerewet dalam memastikan persekitaran rumah kami sentiasa bersih dan teratur.. Walaupun sewaktu kecil saya rasa agak terbeban dgn kerja2 rumah yg perlu dibuat tetapi rupanya pengalaman itu byk mengajar saya apabila saya sendiri perlu menguruskan rumah tangga selain sibuk sebagai ibu bekerja.. Tidak kekok dengan kerja2 rumah, ianya juga mengajar saya untuk 'survive' dlm kerja2 menguruskan rumah yg pastinya tidak pernah berkesudahan..
Namun kali ini, cabarannya pasti dlm mendidik anak2 agar sentiasa mengamalkan cara hidup yg teratur dan bersih supaya rumah selesa utk didiami... Tapi rupanya cabaran saya agak besar apabila suami sendiri tidak membesar dlm didikan yg sentiasa mementingkan kebersihan dan suasana yg teratur. Justeru saya perlu memastikan anak2 saya dididik sepertimana ibu saya mengajar saya dahulu walaupun ianya tidaklah semudah yg disangka! Tapi saya selalu menerangkan kpd mereka bahawa kebersihan adalah ajaran agama Islam dan sebahagian daripada iman...insyaallah saya akan berjaya ;)
Comments
Post a Comment