Motivasi Kurus : Perlu ke HEAVY breakfast @ sarapan berat?

Assalamualaikum dan selamat pagi ;)
Dah makan breakfast?
Apa? Sedang berdiet? Oh, rasanya semua org pun tahu yang breakfast sangat penting especially untuk kanak2 bagi perkembangan otak dan pemikiran yang sihat di samping meningkatkan tahap fokus pada pembelajaran.
Dan lagi, bagi yg sedang berdiet tu, jangan skip breakfast ok! Banyak kajian dah menunjukkan bahawa mengambil breakfast akan membantu dalam penurunan berat badan. Biasanya, mereka yang skip breakfast yang akan cenderung menghadapi masalah berat badan berbanding mereka yang mengambil breakfast.

Mmmm....ok, saya rasa saya dah faham betul part tu. 
Sebab itulah tiap2 hari saya sangattt happy time pegi breakfast hehe...
biasanya saya akan ambil heavy breakfast yg sangatlah yummy....

(gegambar credit to google)
telur mata dengan kuning cair mmg terbaik!

especially roti canai banjir ni...perghhh sedapnya    

 
ditambah pulak dengan nescafee @ teh ais....perfect breakfast saya :-)


Tapi kebiasaan breakfast saya ni telah agak menghuru harakan perasaan saya sebab semua jarum penimbang berat yg saya dah gunakan langsung taknak menunjukkan perubahan berat melainkan kenaikan yg mencanak2!...huhu...dah rosak kot semua mesin penimbang tu..ke diet saya yang dah rosak? hehe

Hmmm....macam mana yek?
Pagi heavy breakfast, tengahari nak nasi jugak, malam pun layannnnn :-p
Dah tu, macamana lah berat nak turun...ishhhh
Exercise? haaaa? exercise tu apa? huhu...mana sempat...alasannnnnnn betulll :(

So, macamana nak dapat body macam Nora Danish kalau makan macam ...opppsss


Sampai bila saya perlu bermimpi tentang yang berbaju biru kalau realitinya tindakan saya menjurus ke yang baju pink! oh tidak...katakan ini semua hanya mimpi ngeri!

Berbalik pada persoalan saya tadi....
Sebenarnya untuk org macam saya yang bila masuk waktu lunch, saya tetap akan lapar tak ingat dunia walaupun dah makan segala jenis makanan mcm kenduri masa breakfast...adakah saya perlu ambik heavy breakfast ataupun memadai dengan light dan healthy breakfast?

Oh, light dan healthy breakfast tu apa?
Entahlah saya pun tak tahu...ishhhh ishhh

yg macam ni ke?

atau macam ni?

eeiii tak reti lah nak makan manis2 pagi2 ni...x besttt lahhh


disebabkan kecik hati takde yg jawab soalan saya....
so pagi ni untuk breakfast, saya cuma makan ni je...



Confirm lepas dua jam dah lapar balik dah...huhu :p

Comments