Nota Buku : Speed Reading In A Week


Kenapa saya beli buku ni?
Sebab ada banyakkkk betul buku2 yang saya dah beli dan saya perlu habiskan membacanya hehe...
Saya tak nanti buku2 saya cuma tersepuk di rak buku ....:-p

ok, jom teruskan dengan Bab Pengenalan ;)

Speed reading bukanlah hanya tentang membaca dengan laju. 
Membaca dengan laju hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proses Speed Reading.
oooo...ok :-p
Secara keseluruhannya, ianya adalah berkisar tentang membaca secara efektif dengan cara dapat mengenalpasti apakah sebenarnya yang perlu kita baca dan proses memilih bahan bacaan yang perlu dengan CEPAT.

ok, cuba fikirkan sejenak.
Dalam rutin kita seharian, di rumah, di tempat kerja, di kedai etc...berapa kerap kita membaca untuk mendapatkan informasi ataupun kefahaman secara asas (ini baru yang asas, belum secara mendalam lagi).
Dan berapa kali pula kita hanya ignore sahaja informasi2 tersebut kerana kita rasa....mak aiiii...byklah pulak nak kena baca hanya nak fahamkan kan sesuatu tu...
(ok, sekarang ni pun mungkin korang dah start ignore dah apa yg saya tulis ni kannn....hahaha)

ok fine...ewahhh..
kalaulah informasi2 yg korang ignore tu tak penting, takpelah kannn...who cares?
tapi macamana kalau informasi2 tu penting....haaaa kan dah susah
contohnya lah kan, seorang ibu yg perlu memberi ubat kepada anaknya, pastikan anda baca label ubat tersebut serta faham apa yg ditulis di label ubat tersebut. 
Bayangkan, label ubat yang tertulis 3 kali sehari vs setiap 3 jam....berbeza kan?
Selepas makan vs sebelum makan ...berbeza kan?

Satu istilah baru yg saya belajar dari bab pengenalan ini ialah Backlog of Information.
Backlog of information ni ialah keadaan di mana kita rasa risau yang kita sedang ketinggalan maklumat2 yang diperlukan tetapi dalam masa yang sama kita rasa kita telah overloaded with information.

Terdapat 5 langkah dalam buku ini yang akan diajar tentang Speed Reading dan setiap hari selama seminggu kita akan diajar untuk memahami dan seterusnya mempraktikkan Speed Reading ini...insyaAllah.

Hari Ahad : 
Belajar tentang 5-Step System yang akan mengajar kita bagaimana untuk mengenalpasti secara mudah dan tepat apakah sebenarnya yang kita perlu baca dan apakah yang perlu kita ignore.

Hari Isnin :
Kenalpasti bagaimana untuk meningkatkan kadar/rate pembacaan kita (kecuali novel yang memerlukan kita ambil masa untuk enjoy pada leisurely pace)

Hari Selasa :
Berlatih memory technique untuk memastikan kita mengingati apa yang kita telah baca terutamanya semasa kita memerlukan maklumat tersebut supaya apa yang kita baca itu menjadi sesuatu yang berguna dan praktikal, bukan hanya semata-mata short-lived theory (oh ini memang masalah saya....sometimes susah bila nak recall semula apa yg saya dah baca)

Hari Rabu :
Memahami bagaimana cara mata kita bekerja dan mengelakkan eyestrain, tidak kira di mana atau apa yg kita sedang baca, sama ada membaca buku atau membaca di komputer

Hari Khamis :
Kenalpasti apakah gangguan yang melambatkan pembacaan kita dan belajar cara mengatasinya

Hari Jumaat :
Belajar cara mempelbagaikan teknik membaca supaya sesuai dengan bahan bacaan.

Hari Sabtu:
Bina program pembacaan kita sendiri dalam memastikan speed reading secara berkesan akan datang secara natural setiap kali kita membaca dan supaya kita tak perlu lagi membaca buku lain tentang speed reading! ;)

Kunci kepada buku ini ialah practice!

Ok, saya akan kongsikan the next chapter dalam the next entry :)

Comments