Begitulah Kehidupan
Scene 1
Kelihatan sepasang suami isteri sedang menyaksikan bunga api daripada tempat tinggal mereka yang sederhana di atas bumbung bangunan (rooftop house). Gembira. "Cantik sangat bunga api ni dari sini. Macam VIP seat!" kata si isteri pada si suami. "Betul tu, kita dapat dengar bunyinya dan dapat bau juga baunya dari sini". Kesederhanaan hidup tak membatasi mereka menghayati keindahan walaupun hanya dari sudut dan tempat yang mereka mampu.
Scene 2
"Cuba tengok tu, cantiknya bunga api tu!" kata seorang suami kepada isterinya, dia sedang melihat bunga api daripada tingkap rumah mereka di sebuah apartment 15 tingkat. Mereka tinggal di level 5. Si isteri menjawab "Kita tak dapat dengar atau dapat baunya pun, tak best mana pun, lebih baik tengok saja dari TV ni". Mesti lagi cantik kalau dapat tengok dari tingkat 15, keluh si suami dalam hati.
Scene 3
Di level 15 apartment yang sama. Seorang isteri sedang kesedihan kerana suaminya tidak balik ke rumah. Rasa tidak bahagia kerana asyik berselisih faham. Di luar tingkap kelihatan bunga api yang cantik, langsung tidak dipedulikannya.
Teringat coretan seorang teman zaman sekolah dulu.
"Kita melihat bahagia seperti kita melihat pelangi. Ianya tidak pernah berada di atas kepala kita tetapi di atas kepala orang lain"
Begitulah kehidupan.
Comments
Post a Comment