KESEIMBANGAN
"Make everything as simple as possible, but no simpler"
- Albert Einstein-
Secara teorinya pesanan itu menyuruh kita mencari keseimbangan; di antara terlalu banyak dan terlalu sedikit. Balance between too much and too little.
Saya kira pesanan itu penting untuk berdepan dengan hidup seharian yang begitu pantas. Kalau kita usaha terlalu sedikit, bimbang terlepas banyak perkara. Tapi kalau berlebihan, bimbang memaksa diri lantas terlupa melihat yang benar-benar berharga.
Bila dunia 'turning turtle' bak kata Topsy dalam Mary Poppins, tenangnya rasa bila berdepan dengan keindahan alam semulajadi. Mungkin kerana kita sebahagian daripada alam, melihat kepulan awan, sentuhlah rumput dan tanah dengan berkaki ayam. Tenang itu terasa, damai di jiwa.
Teringat Gunung Kinabalu. Bukan mudah dapat peluang melihat puncaknya. Sejam dua sahaja dapat peluang di awal pagi sebelum ditutup awan tebal. Kalau mengikut info orang tempatan di situ, memang begitu kebiasaannya.
Gunung Kinabalu memberi kita peluang melihat puncaknya seadanya; tidak berlebih atau kurang. Bukan sentiasa ada. Gunakanlah sebaiknya bila peluang terbuka.
Antara ya dan tidak, lebih dan sedikit. Bila masa perlu ke depan, bila masa perlu diam.
Kita tentukan keseimbangan yang sesuai bagi kita demi sebuah ketenangan.
Comments
Post a Comment