KENANGAN

 Akan tiba masa

Suatu tempat atau keadaan

Hanya tinggal sejarah

Yang kekal cuma pengalaman dan kenangan.


Kiranya pengalaman itu manis

Kita berharap ianya berulang

Bahagianya bila berpeluang

Raikan sahaja kenangan kiranya ia mustahil


Andai ianya pengalaman pahit

Kuat harapan untuk tidak berpaling lagi

Besar usaha untuk tidak berulang

Biarlah menjadi sebuah pengajaran


Akhirnya nanti kita hanya mampu mengenang.


Comments

Popular Posts