Hidup Bukan Mimpi

Hidup bukan mimpi. Hidup perlu diteruskan sampai hujung nyawa.

Mungkin berjuta orang hidup pada default settings atau autopilot mode, tanpa sedar yang rupanya kita boleh customize hidup kita mengikut corak dan acuan kita sendiri.

Adakah hidup sekadar hidup atau hidup yang bermakna.

Bak kata-kata The Last Jedi, "Peace and Purpose", kita tak boleh lari dari tujuan hidup. Sama ada tujuan kita dihidupkan atau tujuan kita hidup. Apa yang kita harapkan dan inginkan. Tentu banyak perkara yang kita boleh buat, tetapi apa yang kita perlu buat atau ingin buat? 

Hidup mana pernah sempurna. Tak lari dari risiko, kalah, jatuh, sedih. Momen indah, bahagia, berjaya pun bukan kekal selama-lamanya. 

Keluar dari ketakutan untuk edit dan tambah baik kehidupan. Belajar menghargai dan menghormati diri sendiri. Memang bukan mudah tapi bukan juga mustahil, insyaAllah kita doakan yang terbaik sepanjang perjalanan hidup yang tidak pernah tentu turun naiknya.

Setiap impian datang dengan risiko tersendiri. Namun takut mencuba maksudnya kita kekal kalah.

Tentukan apa yang kita inginkan dalam hidup, bermimpi dan berharaplah, dan berusaha jadikannya realiti. Kerana hidup bukan mimpi. Terjemahkan mimpi itu sebagai kehidupan.











Comments