Bahagia itu Subjektif
Aku cuma perlu ruang kecil yang jujur
Di mana aku boleh memilih sederhana
Memilih tulus walau tak dipandang
Memilih sunyi, tenang dan menjadi diri sendiri.
Pagi yang perlahan
Langkah yang tak tergesa
Petang yang hening
Hati yang lapang, jiwa bernafas tanpa beban.
Kerana sunyi itu bukan kekosongan
Ia adalah ruang
Tempat hati belajar mendengar.
Sederhana itu bahagia
Jujur itu kekuatan.
Comments
Post a Comment