Usah jadi penunggu

 Berapa banyak mimpi kita yang terbengkalai sebab kita asyik cakap "nanti"?

Berapa banyak peluang yang pergi hanya sebab kita rasa belum bersedia?

Hakikatnya, hidup tak pernah tunggu kita cukup ready.

Hidup ni berjalan terus.

Kalau kita tunggu saat sempurna, kita akan selamanya menjadi penunggu.

Mula lah melangkah, sekecil bagaimanapun langkah itu.

Kerana akhirnya yang akan kita sesalkan bukanlah kegagalan tetapi semua perkara yang kita tangguhkan.

Sampai ia akan jadi dialog "kalau lah dulu aku buat...."

Kita selalu fikir kita ada banyak masa.

"Nanti aku mula. Nanti aku buat. Nanti bila keadaan dah sesuai."

"Nanti" umpama alasan paling manis untuk bertangguh.

Sampai akhirnya terlalu banyak hal yang kita tangguhkan kerana masa yang sesuai tidak pernah sampai.

Hakikatnya hidup tak pernah tunggu sesiapa. Esok belum tentu jadi milik kita.

Mulalah berjalan, kerana dalam perjalanan ini lah kita akan mula belajar menghadapi sebarang kemungkinan.

Jangan hidup dalam alasan dan penangguhan tapi hiduplah dalam setiap langkah kecil yang kita berani ambil hari ini.

Kadang yang kita tunggu tak pernah datang, tapi yang kita lepaskan tak akan pernah kembali.





Comments